"Ty, he did it again! I need your shoulder right now. Please stop by."
Telefonnya berbunyi. Satu private message di aplikasi Whatsapp dari Suzaily diterimanya. Reaksi wajahnya bertukar sedikit mengeluh ketika melihat pesanan tersebut. Dia melangkah dari meja reception butiknya ke sebuah ofisnya yang berada dibelakang meja reception itu. Jari-jemarinya mula menaip satu demi satu patah perkataan dengan dahinya yang terus-terusan berkerut memikirkan apa yang sebenarnya terjadi.
Fikiran wanitanya pantas berfikir itu dan ini dan pelbagai lagi kemungkinan yang sempat difikir. Perasaannya mulai ragu-ragu untuk mencampuri urusan keluarga Suzaily. Tapi persahabatan yang terjalin di antaranya seolah tidak bernoktah; Umpama air yang dicincang, takkan putus. Lantas, perlahan-lahan dia menaip kembali,
"Sabar Ily. Kita sentiasa di belakang awak."
YOU ARE READING
J U N
General FictionTerperangkap di antara kematian yang melelahkan dan memori masa lalu yang hangat membakar masa hadapannya. Bakal penulis drama petang-petang anda.