Sesudah menunaikan asar, dia melipat kembali sejadahnya dan meletakkannya ditempat asalnya. Dibetulkan sedikit kain pelikatnya yang kelihatan kusut dan hampir terlonggar itu. Tangannya mencapai sikat di ruangan meja cerminnya dan membelai ubun-ubun kepalanya. Sedang ralik menyikat rambutnya, loceng rumahnya berbunyi. Pantas dia meletakkan sikatnya tadi dan dan terus bangun dari posisi duduknya di hadapan cermin dan berjalan menuruni tangga rumah dua tingkat setengahnya itu.
Langkahnya penuh berhati-hati. Ini kerana dahulu dia pernah terjatuh dan terseliuh kakinya ketika bergegas mahu ke pejabatnya menghadiri meeting bersama staffnya. Hampir 3 minggu juga dia terpaksa berehat di rumah dan menggunakan tongkat sebagai sokongan tambahan pada pergerakannya.
Dia melihat isterinya berjalan menuju ke pintu hadapan rumahnya. Cepat-cepat dia bertanya,
"Awak nak ke mana tu?"
YOU ARE READING
J U N
General FictionTerperangkap di antara kematian yang melelahkan dan memori masa lalu yang hangat membakar masa hadapannya. Bakal penulis drama petang-petang anda.