Bab 1.3

12 0 0
                                    

Mini Cooper Paceman bewarna merahnya tiba dihadapan rumah Suzaily. Sekali lagi dia melihat cermin bagi membetulkan tudungnya dan memerika make up-nya. Telefon bimbitnya dicapai dari beg tangannya. Dia memeriksa semula Whatsapp dari Suzaily dan membalas,

"Kita baru sampai depan rumah awak ni Ily."

Kalau diikutkan, ini mungkin kali kedua atau ketiga dia datang kerumah Suzaily. Kebiasannya mereka selalu berjumpa di luar samaada sama-sama pergi mencuci mata membeli belah ataupun dikafe ala-ala hipster yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan hilang umpama matahari yang tidak berhenti bekerja walaupun dia punya hari matahari pada setiap minggu iaitu, sun-day.

Enjin kereta dimatikan. Lantas dia mulai keluar dari kenderaannya. Tiba-tiba matanya terkunci. Mulutnya ternganga secara spontan dan tangan kanannya cepat-cepat menutup mulutnya.

"Haneff!" bisik hatinya.

J U NWhere stories live. Discover now