Bab 1.7

3 0 1
                                    

Dia mengelap rambutnya yang basah itu sesudah dia melangkah keluar dari tandas biliknya. Dengan mengenakan kain pelikat Cap Burung Terbang dan baju polo biru mudanya, dia membentangkan sejadah bagi menunaikan solat fardhu asar yang baharu masuk waktunya sebentar tadi.

Sesudah itu dia menadah tangan dan berdoa memohon keampunan dan dibekalkan kudrat buat menempuh ranjau kehidupan ini.

"Inna robbiyalloohu Huwalladzii laa ilaaha illa Huwa 'alaihi tawakkaltu wahuwa Robbul 'arsyil 'adhim. Maa syaa Alloohu kaana wamaa yasyaa-u laa yakuunu, laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil 'adhiim. Asy hadu innallooha 'alaa kulli syai-in qodiir. Wa annallooha qod ahaatho bikulli syai-in 'aliima. A'uudzu billadzii yumsikus samaa-i an taqqo'a 'alal ardhi illaa bi-idznih min syarro kulli daabbatin robbiya aakhidzi binaashiyatihaa. Inna robbii 'alaa shirootim mustaqiim. Amin amin ya rabbal alamin."

*Maksudnya :

"Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung. Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung. Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus." (HR. Tirmidzi).

J U NWhere stories live. Discover now