Telefonnya dimatikan dan diletak di atas meja. Sepatu merahnya dibuka dan disarungkan selipar jepun ke kakinya. Dia menuju ke tandas di dalam ofisnya dan mengambil wuduk bagi menunaikan solat fardhu asar yang baharu sahaja masuk waktu.
Sesudah menunaikan solat, dia segera mengeluarkan beg make up miliknya dan melakukan retouch up sedikit demi sedikit. Sudah lumrah wanita untuk hidup berteman make up agar keterampilan wajah mereka sentiasa nampak segar dan tidak lesu. Menjaga penampilannya adalah sangat penting agar setiap pelanggan yang masuk ke butiknya tidaknya memiliki pandangan pertama yang buruk-buruk mengenai butik dan pemiliknya. Butiknya harus sentiasa up-to-date seperti mana juga rupa paras wajah dan gaya pemakaiannya.
Telefonnya berdering sekali. Ada pesanan Whatsapp dari Suzaily.
"Baiklah. Sayang awak!"
Setelah memberitahu pekerjanya mengenai apa yang harus dilakukan selepas ini, dia terus mengeluarkan kunci Mini Cooper Paceman-nya yang bewarna blazing red yang diparkir dipetak khas dihadapan butiknya. Enjinya dihidupkan dan dia terus memandu keluar keretanya dari parkir tersebut tanpa perlu menekan signal sebagai tanda kita mahu bergerak keluar dari parkir tersebut. Mujurlah tiada sebarang kenderaan yang melewati kenderaannya.
Ketika perjalanan ke rumah Suzaily, dia berbicara sendiri di dalam hatinya,
"Takkan aku nak datang rumah orang dengan tangan kosongkan?"
YOU ARE READING
J U N
General FictionTerperangkap di antara kematian yang melelahkan dan memori masa lalu yang hangat membakar masa hadapannya. Bakal penulis drama petang-petang anda.