Bab 1.1.3

7 0 1
                                    

"Ily mana?" soal Ezzaty yang sedari tadi hanya memerhati gelagat mereka berdua.

"Dia ada kat dalam, bersiap. Jomlah masuk. Buat macam rumah sendiri." balas Rafiuden lantas mempelawa mereka masuk.

"Jangan segan, jangan malu. Kalau tak cukup, beritahu." sambung Haneff berseloroh.

Rafiuden dan Haneff tertawa sesama sendiri dan Ezzaty hanya mampu tersenyum simpul melihat kerenah mereka berdua.

"Meh terus ke dapur. Su ada buatkan air ni." tambah Rafiuden setelah melihat kelibat isterinya di dapur menyediakan air minuman buat para tetamu.

Bagi Haneff dapur rumah Rafiuden itu umpama ruang tamu bagi mereka kerana keluasannya dan suasana yang santai yang berdekatan dengan taman bunga kecil yang diusahakan oleh pasangan tersebut, cukup selesa untuk berbual kosong.

"Hai Su." tegur Haneff kepada Suzaily sesudah dia melangkah masuk ke dapur.

"Apa khabar Ily? Cantik baju awak." sapa Ezzaty pula.

"Baik awak. Baju kurung mak kita ni masa dia muda-muda dulu." jawabnya

"Cantik. Sama cantik dengan awak." puji pula Ezzaty buat penyejuk hati sedari dia seakan terasa sesuatu disebalik raut wajah Suzaily.

Dan mereka pun berpelukan. Maka bermulalah bicara-bicara wanita yang takkan bernoktah, sampai ke sudah puji memuji semasa mereka. Haneff pula sudah duduk di meja bulat menyertai Rafiuden. Melihat keadaan itu, Suzaily mengajak Ezzaty untuk turut serta di meja bulat tersebut.

"Korang bawa apa ni?" soalan yang diajukan oleh Rafiuden dan Suzaily serentak dan mereka pun berpandangan sesama sendiri.

Pandangan yang cuba disertakan dengan sedikit senyuman yang tawar.

"Apam Balik Mak Yong." balas pula Haneff dan Ezzaty serentak.

Dan keadaan jadi kaku seketika dengan masing-masing berpandangan sesama mereka lalu tertawa memecah kesunyian.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 27, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

J U NWhere stories live. Discover now