Bab 1 : Apam Balik Mak Yong

24 0 0
                                    

Enjin Range Rover Evoque putihnya dihidupkan. Telefon bimbitnya masih lagi ditangan kirinya. Dia meneliti emailnya satu persatu. Email-emailnya yang banyak mengandungi data-data pelangganya, harus disimpan di dua tempat iaitu yang pertama dalam data ofisnya dan yang kedua adalah di dalam fikiran otaknya. Mengetahui dan mengenali latar belakang pelanggannya adalah sangat mustahak di dalam skop kerjanya yang mana dia bukan sahaja perlu berurusan secara fizikal dengan pelanggannya tetapi juga secara mental. Kegagalan dalam membaca setiap gerak geri fizikal dan mental pelanggannya bolehlah diibaratkan seperti matinya seorang raja Rom ditikam permaisurinya. Maka musnahlah kota Rom sekelip mata.

Keretanya meluncur laju dijalan raya. Ke kediaman Rafiuden adalah matlamat tujunya ketika ini. Dari lorong kecil ke lorong besar dan dari lampu trafik hijau hingga ke merah, dia bawa dengan penuh berhemat. Dia tahu, ditangannya bukan sahaja ada nyawanya, tapi barangkali mungkin juga nyawa-nyawa orang lain. Jadi dia harus sentiasa berhati-hati dan berfikiran waras kerana dia beranggapan bahawa dia tidaklah selayaknya menjadi sang malaikat si pencabut nyawa.

Sedang dia melalui jalan yang biasa dia lalui, dia ternampak gerai jualan Apam Balik Mak Yong yang sudah lebih seminggu tidak beroperasi. Tangannya lantas memetik suis signal ke kiri keretanya lalu berhenti betul-betul di hadapan gerai tersebut. Nasibnya baik hari ini kerana kebiasaannya diwaktu-waktu begini jualannya sudah habis. Keterujaan diwajahnya tak dapat dibendung lalu senyumannya yang meleret-leret mudah difahami oleh Mak Yong.

"Macam biasa Mak Yong. Lama tak berniaga, pergi ke mana? Ingatkan apam balik tak jumpa jalan balik dah" berselorohnya dengan bersahaja.

J U NWhere stories live. Discover now