Bab 1.6

6 0 0
                                    

Haneff menghampirinya. Oleh kerana susuk fisikalnya lebih tinggi sedikit dari si genit itu, lalu dia pun membongkokkan sedikit badannya dan merapati Ezzaty.

"Kau buat apa kat sini?" soalnya.

Nadanya perlahan. Seolah-olah ingin membisikkan suatu perkara rahsia.

Ezzaty melihat wajah Haneff yang berkerut didahinya seolah memikirkan sesuatu. Ini kali pertama mereka bertentang mata sejak apa yang berlaku di antara mereka dahulu.

"Ily text aku. Ada problem katanya."

Jawabnya sambil menunjukkan pesanan di Whatsapp dari Suzaily. Reaksinya spontan dan bersahaja. Seolah kemesraan di antara mereka masih lagi terjalin. Namun dia tersedar akan perihal itu lantas menarik kembali telefon bimbitnya ke sisinya dan sedikit tunduk wajahnya.

"Aik, aku pun dapat voicenote dari Rafiuden." dahinya makin berkerut.

"Eh, dahi tu berkerut seribu! Cepat nampak tua nanti." Ezzaty bergurau sambil tangannya yang memegang telefon bimbitnya tadi menunjuk ke dahi Haneff. Perilakunya tidak dapat dikawal seolah yang mengawal tubuh fikirnya ketika ini adalah Ezzaty yang umurnya 8 tahun yang lalu.

Suasana di luar semakin panas. Jadi Ezzaty mengambil langkahnya dulu meninggalkan Haneff dengan dahinya yang berkerut seribu itu. Namun Haneff pantas mengekori langkahnya. Dalam fikirnya,

"Berkerut seribu sangat ke dahi aku?" bentaknya sendiri.

Ezzaty menekan loceng rumah Suzaily. Manakala Haneff makin menghampirinya dan terus berbisik ke telinganya,

"Walau apa pun yang terjadi, pinggan atau mangkuk yang terbang atau periuk atau belanga yang tercampak, jangan lari." nasihatnya pada Ezzaty.

"Ya, itu semua..." dia tahu sambil menggenggam jemarinya.

"COBAAANNN!" sambung mereka serentak dan berderailah tawa mereka di hadapan pintu rumah tersebut petang itu semenjak memori 8 tahun lalu yang menghukum mereka.

J U NWhere stories live. Discover now