Dapurnya dikemas, dilap lantai dapurnya dan dibuang sisa-sisa sampah yang terkumpul disinki. Lauk kurma ayam dan telur bistiknya masih berbaki dari masakan tengah harinya. Seolah hanya dia seorang sahaja yang makan walaupun di dalam rumahnya dihuni oleh sepasang suami isteri dan seorang anak perempuan yang comel keletahnya.
Cawan minumnya tadi dibasuh. Air paip sinkinya tiba-tiba keluar secara perlahan dan kecil seperti mana keluarnya air mata seorang isteri yang berduka lara. Perlahan-lahan juga air matanya diseka dipipinya. Dia harus kuat menempuh hari mendatang. Dan dia tahu dia seharusnya terus-terusan menyemai benih-benih kecintaan kepada suaminya agar keluarga yang telah terbina sejak lima tahun yang lalu kekal utuh sepertimana dihari pertama perkenalan mereka.
Lamunannya tersentak dek bunyi loceng rumahnya. Cepat-cepat dia memperbetulkan isi rumahnya yang mana terdaya dan melihat raut wajahnya dicermin.
"Zaty dah sampai." lonjak hatinya cuba mengukir senyuman dibalik kepedihan.
YOU ARE READING
J U N
General FictionTerperangkap di antara kematian yang melelahkan dan memori masa lalu yang hangat membakar masa hadapannya. Bakal penulis drama petang-petang anda.