"Haneff?" balasnya ringkas.
Dia tersipu malu. Wajahnya naik kemerah-merahan. Terutamanya apabila dia mendengar Haneff menegurnya dengan nama penuhnya sedangkan dia hanya mampu mengeluarkan sepatah perkataan sahaja dari mulutnya. Hatinya jadi berkecamuk. Kalau diikutkan, mahu sahaja dia masuk semula ke dalam kereta, menghidupkan enjin dan terus pergi dari situ.
Tapi mengenangkan Suzaily, terus dia padam perasaannya yang satu lagi itu. Dia tahu, Suzaily memerlukan sesuatu darinya. Siapa lagi yang sanggup berada disisinya tatkala dia memerlukan pertolongan. Cuma fikirnya masih belum jelas mengenai jenis bantuan apakah yang diperlukan. Jauh disudut hatinya dia berbisik,
"Wanita untuk wanita."
YOU ARE READING
J U N
General FictionTerperangkap di antara kematian yang melelahkan dan memori masa lalu yang hangat membakar masa hadapannya. Bakal penulis drama petang-petang anda.