Haneff menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia sentiasa cuba untuk menenangkan dirinya. Baginya kunci sesebuah kehidupan adalah ketenangan. Dengan berpaksikan prinsip hidupnya sendiri iaitu,
"The man who can control himself, can control the world."
Dia mengambil beberapa ketika menikmati kedinginan penghawa dingin keretanya kerana dia sedar cuaca di luar ketika ini sudah pasti akan bertambah panas. Dia menyinsingkan lengan kemejanya. Melipat sehingga ke atas sedikit daripada siku lalu mencapai plastik berbekalkan Apam Balik Mak Yong dan mulai keluar dari keretanya.
Keretanya dikunci dengan menekan punat dikuncinya. Sedang itu, perilakunya diperhatikan oleh seorang rupawan yang berada diseberang keretanya. Dia berpusing untuk bergerak ke pintu pagar rumah Rafiuden dan langkahnya tersentak seketika ditengah jalan apabila dia akhirnya bertentang mata dengan sang rupawan yang mengamatinya sedari tadi.
"Ezzaty Khaleeda?" jeritnya dalam hati.
Tubuhnya kaku tak semena-mena. Dadanya berombak tinggi, nafasnya bergerak pantas dan jantungnya bekerja lebih dari dua kali ganda. Mujur dia tidak punyai penyakit sakit jantung iaitu pembunuh nombor satu negara.
YOU ARE READING
J U N
General FictionTerperangkap di antara kematian yang melelahkan dan memori masa lalu yang hangat membakar masa hadapannya. Bakal penulis drama petang-petang anda.