Langkahnya terhenti. Seolah-olah memandu sebuah kereta dan tiba-tiba menekan brek kecemasan secara mengejut. Dia berpaling ke arah suara yang menanyakan persoalan tadi. Kelihatan suaminya masih tercegat ditangga yang berbaki 4 atau 5 anak tangga lagi. Senyumannya cuba diukir kerana soalan ibu datangnya dari si jantung hati buah pengerangnya.
"Zaty sampai tu yang." jawabnya sambil menunjuk ke arah pintu.
"Bila masa awak ajak Zaty datang rumah ni?" soalnya.
"Tak bagitahu saya pun." tambahnya lagi.
Suzaily terdiam dek soalan suaminya itu. Wajahnya tertunduk kecewa dan hatinya meruntun jatuh. Kedinginan pada nada suaminya itu masih berbaki. Rafiuden pula melangkah melewati isterinya itu yang masih tercegat kaku sambil berkata,
"Saya call Haneff tadi, ajak singgah rumah." tambahnya sambil terus menuju ke pintu.
YOU ARE READING
J U N
General FictionTerperangkap di antara kematian yang melelahkan dan memori masa lalu yang hangat membakar masa hadapannya. Bakal penulis drama petang-petang anda.