Aiine p.o.v
Aku menghempaskan tubuh ke atas katil. Huh..penat! Aku cuba untuk melelapkan mata. Tak berjaya ! Accident yang menimpa aku disekolah tadi membuat aku geram!
Aku berjalan dengan tergesa-gesa ke kelas 5 akaun. Beg ku sandang di bahu kanan manakala fail kerja ku pegang dengan tangan kiri. Tiba-tiba entah manusia mana ni langgar aku! Habis aku terjatuh macam kerang busuk kat situ. Nasib tiada orang nampak.
"Hoii!! buta ke apa?!" Kata orang itu. aku melihat ke arah si pemilik suara. Laa..kau rupanya Shiela.
"Aku rasa kau kot yang buta. Dah jelas kau nampak aku jalan cepat-cepat tadi. Yang kau mengada sangat nak jalan sampai langgar aku kenapa? Aku yang jatuh , bukan kau kan? Ingat ni jalan bapak kau punya?" Huh..puas hati aku sindir dia sikit. Hahaha.
"Eh..suka hati akulah nak jalan mana-mana pun. kau ingat sikit eh..kau tu dah lah pakai spek , memang sah-sah lah kau yang buta kan? Sekarang siapa yang salah..aku atau kau?huh!" Shiela memandang aku dengan pandangan sinis.
geram aku dibuatnya. "Memanglah ak...."
"Aiine ! Shiela! Masuk kelas sekarang!" Laung Cikgu Rahimah dari jauh. Aku menepuk dahi..sekarang masa KH !
Aku segera melangkah menuju kedalam kelas. perasaan geram dan marah ku biarkan dahulu.
"Kau tu dah lah pakai spek , memang sah-sah lah kau yang buta kan?"
kata-kata itu tergiang-ngiang difikiranku. Aku pakai spek tapi aku comel kei...bukan nak perasan sendiri , Riana , Mia dengan Lina p un cakap aku comel! Aku tau dorang terlebih jujur. Hahaha!
Aku tersenyum. Syukur dianugerahkan kawan yang caring pasal aku! Geng kami memang melengkapi antara satu sama lain.
Lupa pula nak kenalkan diri. Nama aku Aiine Zayanie. Umur 17 tahun. aku Sekolah kat SMK Shah Alam. Aku ada tiga orang kawan. Riana , Mia dengan Lina. Tak perlu discuss dorang panjang-panjang , pandai-pandai lah dorang kenalkan diri masing-masing.
selesai menunaikan solat isyak, aku menarik selimut. Suis lampu ku tutup. Time to sleep! Esok nak sekolah!
mia p.o.v
Alamak...aku dah lambat pergi sekolah ni. Harap-harap pintu pagar belum tutup lagi
Ni lah akibatnya jika tengok filem Dilwale sampai jam 1 malam. Ada berapa jam ja aku tidur!
Sampai sahaja kereta alphart yang dipandu oleh Pak Rais didepan sekolah aku terus turun...tak nak buang masa! Pintu pagar hampir ditutup!
Gedebuk!
"Aduhh..." adu ku perlahan. Aku terduduk diatas jalan raya apabila terlanggar seseorang. Seseorang?
"Kau jalan pakai mata boleh tak?!" Marah lelaki itu. Aku menjengilkan mata.
"aku jalan pakai mata kei! Entah dari mana datang sorang manusia tu langgar aku then boleh pula salahkan aku?! tengok apa dah jadi..pintu pagar dah....." aku melihat ke arah pintu pagar yang tertutup rapat itu. OMG! aku dah tempah maut dekat Cikgu Veron!
"Dah tutup?!! Haaaa...." aku berlari ke arah pagar dan memegangnya sambil membuat suara ingin menangis.
"Habislah aku...ni salah kau tau tak! cuba jalan pakai mata! Kalau tak aku dah ada dalam sekolah ni dari tadi lagi!" Aku menoleh kearahnya? Wtf. Dia salahkan aku?! Ehhh mamat ni.
Aku menghampirinya dan dia berpaling ke arahku. wuishh..tinggi gila.
"Woii Ayam! Kau yang entah dari mana muncul..nak salahkan aku pulak?! kau tu ada kaki tapi tak nak elak daripada terlanggar aku? Kalau macam tu baik derma kaki kau tu dekat orang yang kurang upaya lagi bagus! Ada kaki tak nak guna!" Haaa..kan dah keluar ayat aku. Well..sapa tak kenal diva mulut tempayan kat sekolah ni! Hahaha!
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin!
RomanceHidup mereka penuh dengan cabaran suka dan duka dikongsi bersama ada bahagia , ada perit Datang pula orang lain mengisi hati mereka masing-masing semuanya menjadi kawan Tapi bila hati sudah terpaut & mungkin itu dinamakan jodoh Sebab itu mereka berk...