KKSK 7

382 13 1
                                    

Afham p.o.v

Aku menilik penampilan ku dihadapan cermin didalam bilik. Baju kemeja dan kot hitam. Macam dah dewasa sangat aku rasa.

Entah kenapa hari ni ayah suruh aku datang office dia. Siap suruh aku pakai baju macam ni. Rambut aku kemaskan.

"Dah siap?"

Aku menoleh ke belakang. Kunci kereta aku ambil.

"Dah.." sebenarnya aku malas nak pergi. Ingat kan ahad boleh duduk goyang kaki kat rumah. Last-last kena pergi office pula. Dah lah kemarin baru je keluar hangout dengan dorang bertiga...ehh , bertujuh sebenarnya. Lupa pula budak perempuan berempat kelas akaun tu. Eheks!

"Handsome juga kau eh , ingat kan pakai baju ketua pengawas je handsome. Hahahahah"-Irham

Ni Irham. Abang sulung aku. Umur dia 24 tahun , dia still belajar kat U. Sebulan lagi baru habis belajar. lepastu.....aku tak tau lah dia nak buat apa. Jadi C.E.O kat office kut....

"Aku always handsome okay. Okei juga sekali sekala pakai baju macam ni , takde lah kau dengan ibu bosan tengok aku pakai baju ketua pengawas tu hari-hari"

"Hahahahah. Dah lah , baik kau pergi cepat. Ayah dah tunggu kat office tu"-Irham

"Okay. Err..kau rasa kenapa eh? "

"Kenapa apa?"-Irham

"Kenapa ayah tiba-tiba suruh aku pergi office? Kalau nak kata dia serahkan syarikat dengan aku..imppossible lah , i'm still young okay."

"Aku pun tak tau. Sekarang ni baik kau gerak dulu , ayah mesti dah tunggu kau."-Irham

ha'ah kan..janji 30 minit lagi aku sampai , ni dah dekat sejam. Aku cepat-cepat menuruni anak tangga.

"Ibu...angah pergi dulu" aku menyalam dan mencium pipi kanan ibu. Sapa lah yang tak sayang ibu yang mengandungkan aku 9 bulan 10 hari.

"Hati-hati drive tu"-Tengku Hidayah

Riana p.o.v

"Ni makanan yang cik pesan tadi" aku meletakkan pinggan yang berisi waffle peanut coklat dan air yogurt blended.

Aku dah start kerja part time kat bubletea cafe. Alhamdulillah aku dapat kerja kat sini. Hari pertama pun dah penat. Entah hari-hari lain nanti jadi tengkorak kut aku ni.

Eh tak , tak! Aku tak boleh biarkan badan aku yang berisi dan montel ni jadi tengkorak.aku ni bukannya gemuk , cuma berisi. Lina, aiine, dengan Mia pun tak cakap pun yang aku gemuk.

aku menilik jam Daniel Wallington di tangan kiriku. Setengah jam lagi adik-adik aku balik sekolah.

"Kak...kejap lagi saya nak pergi ambil adik-adik saya kat sekolah. Setengah jam lepastu saya datang balik..boleh tak?"

"Boleh. takpe..pergilah dulu. Lagipun customer tak lah ramai sangat"-Kak Husna

Aku senyum kemenangan. Untung dapat kerja dengan kakak-kakak cantik ni. Kak Husna dengan Kak Ila. Cafe ni dorang buka atas minat sendiri and sokongan dari ibu bapa dorang. Best kan dorang?

"Kalau macam tu saya pergi dulu ye kak..assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"-Kak Husna dan Kak Ila

Kunci motor berkuasa tinggi aku ambil. Aku menilik setiap inci motor itu. Kenangan aku dengar motor ni memang banyak. Lebih-lebih lagi pemberian daripada papa.

Ria rindu papa

Enjin dihidupkan. Helmet ku pakai.

Aiine p.o.v

Kita Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now