KKSK 24

324 8 1
                                    

Aiine p.o.v

Aku menghempaskan punggung disebelah Lina. Muka tidak puas hati aku tayang. Siapa lah tak badmood gara-gara minah cibai tu!

"Errr...stress aku dengan minah tu!" Tudung bawal hitam yang terpasang dikepalaku aku kemaskan dengan kasar.

"Kau ingat aku tak stress? Boleh menangis air mata darah aku ni" kata Lina sambil duduk bersila dan menongkat dagu. Kami betul-betul duduk diatas sebuah batu besar dihadapan sungai.

"Memang mesti ada orang ketiga sebagai penghalang ke? Kenapa hidup aku selalu macam ni , tak boleh ke bagi kebahagiaan sekali je untuk aku"

Lina menepuk bahuku beberapa kali. Aku tau dia suruh aku sabar.

"Kebahagiaan tu mesti datang , tapi bukan sekarang" satu senyuman kecil terbit dibibirnya.

Aku tersenyum sekali. Entah bila masa tu tiba , aku akan tunggu.

Bushhh!!! Aku terjatuh ke dalam sungai. Aku tak tau apa yang jadi tapi aku rasa ada orang tolak aku. Masalahnya sekarang aku tak pandai berenang!

"Tol...tolongg!!!"

"Aiine!! Pegang akuu!" Kedengaran suara Lina menjerit memanggilku. Yang pasti dia pun terjatuh sama-sama dengan aku.

Pandanganku mula gelap. Aku dah tak tahan.

Ya allah..tolong bantu aku...

Shahrin p.o.v

"Weh Shah!"

Aku tersedak. Heishh..apa pulak kali ni! Kelihatan Syamil berlari kearahku.

"Apa?"

"Tolong Aiine! Dia lemas kat sungai tu!!!"

Terbeliak biji mataku dibuatnya. Cepat-cepat aku pergi ke sungai. Bajuku buka dan hanya memakai seluar masuk ke dalam sungai.

"Aiine! Aiine! Bangun weh!" Aku menepuk pipi Aiine yang berlapik dengan tudung. Nasib baik tudung dia tak tercabut. Tubuhnya aku angkat ke atas batu besar.

"Af , panggil Cikgu perempuan mana-mana buat CPR kat dia. Cepat!"

"Tepi. Biar cikgu buat"

Aku membiarkan cikgu Roziah mengambil alih.

Aku menoleh ke kanan tempat dimana Shiela dan Ika berdiri.
Baju ku yang tersidai ditepi aku ambil kasar.

"Korang berdua ikut aku!" Kataku dengan nada marah.

Sampai sahaja dikawasan kantin , aku memandang mereka dengan tajam.

"Baik kau orang mengaku sekarang! Siapa buat?!" Tengkingku.

"Apa maksud u ni? Buat apa? I tak buat apa-apa pun"-Shiela

"Aku pun"-Ika

Heh..dasar perempuan.

"Kau boleh je perdayakan orang lain , tapi bukan aku! Kalau kau buat macam tu lagi , terutama dekat Aiine , kau tengoklah apa yang aku buat nanti!"

"Apa u ni , tarik i degan Ika pergi sini then marah-marah. Apa yang perempuan tu hasut u sampai macam ni hah? Dia tuduh i tolak dia? Dia ada bukti ke?"

Aku tersenyum sinis. Kamera ditangan Syamil aku ambil. dorang sempat rakam apa yang jadi tadi. Separuh je lah. Tapi yang part dorang tolak Aiine tu memang jelas lagi nyata!

"Habis ni apa? Tak nak mengaku lagi?"

"T..tak..tu bukan apa yang u fikir Shah. I just..."

Kita Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now