-------------------------------------------------------------------
Aiine,Riana, Mia dan Lina bergerak menaiki bas untuk pergi ke Johor. kami punya aktiviti perkhemahan kat sana. yahoo!
Riana duduk dengan Lina , Mia duduk dengan Aiine. Memang masing-masing ada partner.
"Okey semua. Cikgu nak kamu duduk diam-diam. Pastikan siapa nak kencing ke berak ke pergi sekarang sebab bas akan bertolak lagi 20 minit" -Cikgu Khairi
Ni Cikgu Khairee. Cikgu bahasa melayu sekolah kitorang. Boleh tahan lembut jugalah orangnya. Lembut-lembut tapi lelaki kay!
Lina mengeluarkan keropok potato dari begnya beserta air soya. Ternganga Riana dibuatnya.
"Kau bawa semua benda ni?"-Riana
"Ha'ah jangan risau. Banyak lagi kat dalam beg aku ni. Kalau kau nak ambil je"-Lina
Riana cepat-cepat mengambil keropok jenama bika dari dalam beg Lina. Dorang dua ni kalau bab makanan ringan memang macam ni.
Mia dan Aiine yang melihat adegan itu hanya menggeleng. Nasib lah dapat kawan macam tu.
"Weh..Afham ada call kau tak?"-Aiine
"entah. kenapa?"-mia
"Cuba kau buka fon kau"-Aiine
Mia mengambil hpnya dari poket seluar. 9 missed call?!!!
"Err...ayam call aku"-Mia
"Haaa....dah tu , call lah balik."-Aiine
"japp"-Mia
Mia mendail nombor Afham. Tiba-tiba ada bunyi hp seseorang. Datang dari kerusi dihadapan mereka. Mia mengiringkan sedikit kepalanya ke kanan untuk melihat orang itu.
"Baru nak call?" Kata Afham yang duduk dihadapan Mia. Terkejut beruk Mia dibuatnya.
"Aku tak perasan kau call tadi"-Mia
Afham tidak mempedulikannya. Dia terus memasang earphone ketelinga. Shahrin disebelahnya hanya menggeleng. Afiq dan Syamil duduk diseberang mereka.
"Macam mana kau tau dia call aku?"-Mia
"Shahrin bagitau aku"-Aiine
Mia mencebik. Kenapa Afham tu tak boleh baik-baik macam Shahrin , Afiq dengan Syamil? Dia sorang je dingin.
4 jam kemudian.....
"Yang tidur tu bangun!!!!" Jerit Cikgu Roziah.
Semua murid-murid terkejut. Cepat-cepat mereka membuka mata seluas-luasnya.
"Kita dah sampai. Angkat barang-barang kamu semua dan turun dari bas! Saya bagi masa kamu 5 minit!"-Cikgu Roziah
"Lek ah cikgu"-Harizan
"Dipagi yang indah takkan nak marah-marah. Cikgu ni..." sampuk Julian pula.
Budak dua ekor ni memang suka cari pasal dengan Cikgu Roziah. Cikgu pun apa lagi , layan kan aje lah.
"Banyak lah kau punya pagi! Sekarang ni tengahari! Haa..lain kali , tidur sampai mati. Tak payah bangun lagi bagus!"-Cikgu Roziah
"Astagfirullah al-azim cikgu..."-Julian
"Tak baik cakap macam tu"-Harizan
"Kurang asam betul kamu dua ni. Malas aku nak layan!"-Cikgu Roziah
Mereka yang lain hanya membantai gelak. Cikgu Roziah memang tak boleh ngam dengan Julian & Harizan 😂.
"sini aku tolong"-Shahrin. Kesian pula tengok budak tak seberapa kuat tarik beg dia.
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin!
RomanceHidup mereka penuh dengan cabaran suka dan duka dikongsi bersama ada bahagia , ada perit Datang pula orang lain mengisi hati mereka masing-masing semuanya menjadi kawan Tapi bila hati sudah terpaut & mungkin itu dinamakan jodoh Sebab itu mereka berk...