Mia p.o.v
Aku berjalan menuju ke dalam kelas dengan muka masam. Nak tau kenapa aku jadi macam ni? Salahkan sepupu kesayangan aku tu...kesayangan lah sangat! Tengku Iqram Zaimi!
Aku memandang ke belakang. Zaimi masih mengikuti langkahku. Aku menjeling.
"Stop lah ikut aku wei!" Hampir sahaja aku berlanggar dengan Zaimi. Aku menaikkan tapak tangan ku tanda berhenti.
"Pak long dengan Mak long suruh aku jaga kau. Dorang serahkan tanggungjawab kat aku...nak buat macam mana kan..."
Haaa..tu je alasan dia. Asal aku tanya jawapan dia tu je.
Masalahnya aku ni bukan budak umur lima tahun! Nak kena jaga lah apalah.
Actually Zaimi ni sepupu aku. Handsome tu not bad lah.
"Ya aku tau. Tapi aku ni bukan budak umur lima tahun nak kena jaga , kena ikut sana sini. I'm 17 years old Zaimi...so please..."
"K lah fine. Tapi kalau mak long dengan pak long aim aku , kau jawab eh!"
Aku membuat roll eyes.
"Yela. Macam aku tak boleh handle mak bapak aku. Ni Mia lah" aku menepuk dada tanda bangga diri. Hahahaha
"Whatever" Zaimi menaikkan tangan kanan ke bahu dan berjalan seperti perempuan. Eee..tak malu punya sepupu! Dia buat tak kesah je dekat orang keliling yang tengok dia.
Zaimi berjalan menuju ke kelasnya. Kelas 5 science , satu kelas dengan Afham. Jangan satu geng sudah!
Riana p.o.v
Aku merenung kertas dihadapanku. Borang kebenaran pergi ke perkhemahan satu malaysia. Nak pergi ke tak? Aku nak sangat pergi , tapi nanti takda yang nak jaga family aku.
"Kau pergi Riana?"
Segera aku menoleh ke kanan. Kelihatan wajah Lina yang menunggu jawapan dariku.
"Entahlah" yaa..aku tak tau nak pergi ke tak. Kalau aku tak pergi , mesti jadi tanda tanya kat dorang Aiine. Kalau aku pergi , siapa nak jaga family aku? Papa? Nak harap dia jaga? Memang tak lah.
"Entah pula? Haritu siap jerit 'aku nak' lagi. Sekarang cakap 'entah' ?"
Aku menjeling Lina disebelah. Kalau kau ada ditempat aku sekarang , rasanya apa kau pilih? Tapi si Lina ni bengong juga kadang-kadang.
"Tu hari tu , sekarang lain. Aku tak tau nak pergi ke tak. Ak..aku...serabut arh!" Rambut yang tadi kemas aku kusutkan.
"Hey..chill ok. Kau ni kenapa? Nak kata sakit mental tak , nak kata otak senget pun tak juga"
"Takda apalah. Nanti aku fikirkan nak pergi ke tak"
Borang tersebut aku masukkan kedalam fail. Ikatan dirambut aku buka dan kembali mengikatnya.
Lina p.o.v
Ada something tak kena.
Buku dikedua-dua belah tangan aku pegang dengan elok sambil berjalan menuju ke bilik guru. Otakku ligat memikirkan tentang Riana. Apa dia sembunyikan dari kitorang? Ni lah susah kalau hati aku tak boleh tenteram.
Aku memetik jari tanda satu idea muncul di otakku.
Aku kena cari Syamil.
Ya..aku rasa dia sorang je yang boleh bincang dengan Riana. Ingat aku tak tau dorang selalu jumpa? Hek'eleh.
"Hoi!"
"Eh!" Aku menjeling Lawrence yang berjalan menuju ke arahku. Dia ni pun sama , mulut becok sikit.
"jalan tu fokus, bukan berangan kahwin awal"
Memanb aku nak kena kahwin pun!
"Ish diam arh!"
Aku meneruskan langkah melintasi Lawrence.
"Buku tu kau nak hantar pergi bilik guru ke?"
Aku memandang buku tersebut dan memandang Lawrence. Kepalaku mengangguk tanda ya.
"Bilik guru kat sana, yang kau sampai kat pejabat 2 ni kenapa?"
Aku melihat kawasan sekeliling ku. Eh...bilik guru dah limpas! Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal sambil tersengih.
"Heee..aku tak perasan" aku tersengih
"Hesh..macam-macam budak zaman sekarang ni" Lawrence berlalu meninggalkan aku sendirian.
Selepas menghantar buku aku ternampak Syamil berjalan menuju ke bengkel. Cepat-cepat aku mengejarnya dari belakang.
"Syamil!" Aku berhenti betul-betul dihadapannya. dia memusingkan badan menghadap ku.
"Kenapa?"
"Aku nak minta tolong sikit"
"Tolong apa? Kalau pasal Afiq aku tak boleh nak cakap apa, no commen!"
"Bukan lah! Pasal Riana....."
Shahrin p.o.v
aku duduk bersandar dibawah satu pokok besar dipadang. Suasana tenang dan penuh kehijauan. Tu yang aku suka. Saja nak release tention kat sini. Ingat aku tak stress ke hari-hari belajar?
Hp ku keluarkan dari poket seluar. Lagu hancur aku dimainkan.
Hancur-hancur aku
Bila-bila saja hancur-hancur akuSetiap bait-bait lagu aku nyanyikan. Mataku ku pejamkan.
Krek!
Satu tapak kaki berjalan menuju ke arahku. Makin lama makin dekat. Dia betul-betul berhenti ditempatku. Aku masih diam.
Perlahan-lahan aku membuka mata dan..."Astagfirullah , allahuakbar allahuakbar" ucapku. Aku menarik lafaz lega dan menjeling makhluk dihadapanku itu.
"Kau kenapa? Macam baru habis nampak hantu"
"Ha'ah memang! dahlah datang tak diundang , takda salam pulak tu! "
aiine tersengih.
"Heheheh. Sorry"
"macam mana kau boleh ada kat sini? Cikgu tak marah ke?"
"Tak. Cikgu tak masuk kelas. Aku bosan,tu yang aku datang sini. Tiba-tiba ternampak kau kat sini , alang-alang aku join lah sekali."
"Kenapa tak join je Elvin kesayangan kau tu?"
"Eh..apahal pula ngan dia?"
Ingat aku tak tau dia cakap Elvin handsome. Aku ni dia tak puji!
"Takda apalah"
Aku menyambung kembali memejam kan mata. Apa yang minah tu buat pun aku tak tau.
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin!
RomanceHidup mereka penuh dengan cabaran suka dan duka dikongsi bersama ada bahagia , ada perit Datang pula orang lain mengisi hati mereka masing-masing semuanya menjadi kawan Tapi bila hati sudah terpaut & mungkin itu dinamakan jodoh Sebab itu mereka berk...