Afham p.o.v
Sampai sahaja di H&R holdings beberapa pekerja menyapa ku. Butang lif tingkat 15 aku tekan. Sampai disana, pejabat milik Afiq aku masuk.
"Eh Encik Afham. Selamat tengahari. Encik cari Encik Afiq ke?" soal salah seorang pekerja disitu
Aku mengangguk dan melihat sekeliling. Mana PA si Afiq ni?
"Dia ada kat dalam ke?"
"Ada. Cik Erina pun kat dalam. Encik boleh masuk kalau encik nak"
"Okay. Terima kasih"
Aku berjalan menuju ke dalam biliknya. Tak payah ketuk pintu pun takpa. Berani dia nak marah aku?
"Assalaa......astagfirullah al-azim Afiq!!!"
Dengan langkah yang laju aku menuju ke arahnya. Tubuh Erina aku tolak.
"Apa kau buat hahh?!!!" kolar baju Afiq ku genggam.
"Af..tu bukan macam apa yang kau tengok. Aku boleh explain"
Genggaman dikolar bajunya semakin aku ketatkan. Afiq berpeluk , cium apa semua tu dia cakap salah faham?! Common lah Afiq , perangai buaya kau dah datang balik ke?"Kau nak explain apa lagi hah?! Kau nak cakap semua ni salah faham?! Kau sedar tak apa kau dah buat?"
"Tak..perempuan tu yang tiba-tiba peluk aku lepastu cium aku. Aku tak buat apa-apa Af. Kau kena percaya aku , aku dah tak buat perangai yang dulu tu"
Terus sahaja aku lepaskan genggaman dikolarnya. Rambut ku raup kebelakang. Muka bengis aku tayang dihadapan Erina. Jari telunjuk aku angkat kearahnya.
"Kau....apa motif kau sebenarnya huh?"
"Sa..saya tak buat apa-apa Encik. Encik Afiq yang ..."
"Hoii kau jangan nak tuduh aku pulak! Kau yang datang sini ngada-ngada nak tolong urut aku konon , mula-mula aku terima tak tahu pula tiba-tiba jadi...."
"Kau dipecat!" potongku.
"Huh?"
"Wht?"
"Cik Erina Sofea. Anda dipecat"
"Hey apaa ni , bos i Encik Afiq bukan...."
"Afiq cousin aku. Company ni telah digabungkan dan diwariskan untuk aku dan Afiq. Dan kuasa terletak ditangan kami berdua. Walaupun aku tak handle syarikat ni tapi aku berkuasa. So get out from this office"
"What..butt"
"Now!!!"
Riana p.o.v
Air mata yang tidak henti-henti mengalir aku tahan sedaya upaya. Tapi tak boleh , degil juga nak jatuh.
"Riana mama minta maaf"
Aku memandang mama dan menggeleng perlahan.
"Tak bukan salah mama. Memang salah Riana. Kalau lah Riana fikir betul-betul dulu sebelum call Syamil , kalau lah Riana tengok keadaan sebelum bertindak , kalau lah...tsk...tsk"
"Shhhh...jangan nangis sayang. Ni bukan salah Riana atau Syamil. Semua ni takdir. Allah tahu apa yang terbaik. Semua rancangan dia pasti ada hikmah disebaliknya"
Aku tersenyum kelat. Aku sudah sah menjadi isteri Syamil setengah jam yang lalu. Semua barang sudah aku kemas. Aku akan berpindah ke rumah Syamil hari ini juga.
"Maa...kami pergi dulu" Syamil menyalam tangan mama diikuti aku.
Beg ku heret ke tempat kereta. Sebaik sahaja bonet kereta dibuka aku mengangkat beg ku satu persatu. Syamil langsung tidak membantu. Beg yang terakhir aku angkat sedaya upaya , berat gila!
"Cepatlah! Kau pehal lembab sangat?!"
Aku tersentak. Sejak peristiwa pagi tadi , perangai Syamil 100% berubah. Dia bukan Syamil yang penyayang , he act like somebody.
Tiba-tiba rambutku ditarik kasar. Aku mengerang kesakitan.
"Sya..syamil. Lepas please. Sakit"
"Tau pula sakit! Lain kali buat kerja cepat sikit! Aku tak sukalah lambat-lambat ni! "
"Ma..maaf"
"Huh kau dengar sini baik-baik. Selama ni aku baik dengan kau , aku sayang dan cintakan kau. Tapi kau balas aku macam ni? Terdesak sangat ke nak kahwin?Kalau ya pun jangan guna cara jijik macam ni boleh tak?! Sekarang ni aku nak letak muka kat mana?! Aku malu tau tak , malu!"
Air mataku merembes keluar. Aku pun tak nak jadi macam ni Mil. Aku tak minta pun.
"Masuk kereta sekarang!" katanya lagi.
Laju sahaja aku memboloskan diri masuk ke dalm kereta. Disitu aku menangis semahu-mahunya.
Kenapa semua ni jadi dekat aku?
----------------------------------------------------------------------------------
Aiine dan Mia duduk diluar RedCafe. Lunch sma-sama katanya.
"So macam mana dengan si Shah?"-Mia
"Dia ok macam biasa. Cuma...."-Aiine
"Cuma apa?"-Mia
"Aku rasa macam ada orang ikut aku beberapa hari ni. Tapi entahlah , perasaan aku je kot"-Aiine
"Weyh bahaya tu. Kang kau kena culik cam mana?"-Mia
"Ish kau ni..mulut ...."
Tring! Tring!
Aiine mengambil iphone dari handbagnya. Riana....
"Hello?"
Jus oren dihirup sedikit
"Pfft...what?!"
-------------------------------------------------------------------------------------------

YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin!
RomanceHidup mereka penuh dengan cabaran suka dan duka dikongsi bersama ada bahagia , ada perit Datang pula orang lain mengisi hati mereka masing-masing semuanya menjadi kawan Tapi bila hati sudah terpaut & mungkin itu dinamakan jodoh Sebab itu mereka berk...