Lina p.o.v
Tik tik tik! Waktu berdetik. Eh, eh pehal aku jiwang sangat ni. Aku duduk sambil menongkat dagu diatas meja. Satu jam lebih aku tunggu dia balik , makanan diatas meja langsung tak disentuh
Dia lupa ke?
Nombornya aku dail.
"Nombor yang anda dail..." urghhh! Dia off handphone?!
Suruh aku masak, tapi tak tunaikan janji. Cakap nak balik. Sekarang ni dah tamat masa lunch hour kot. Lantas aku berdiri dan meninggalkan dapur .
Kunci kereta ku ambil. Kereta exora ku pandu keluar dari perkarangan rumah. Nak ambil angin kejap. Sakit hati doh.
Tiba sahaja di sebuah taman berdekatan kawasan perumahan kami aku melangkah kebangku kosong yabg berada ditepi tasik. Pemandangan indah dan udara yang nyaman.
"Kenapa buat saya macam ni?" kataku sendirian. Entah kenapa aku rasa Afiq macam abaikan aku. Dia makin sibuk , aku rasa macam terpinggir .
"Tsk..tsk..saya rindu abang" air mataku jatuh sedikit demi sedikit.
"Maafkan saya" air mataku yang jatuh ku lap menggunakan tangan. Aku berpaling.
"Mel?"
"Lina?"
Aiine p.o.v
Sampai sahaja disebuah lorong aku melajukan langkah. Aku kena lalu lorong ni setiap hari untuk sampai ke rumah. Mula-mula tu memang aku ok lalu lorong ni , tapi beberapa hari ni entah kenapa macam rasa tak sedap hati.
Jalan punya jalan aku ternampak figura dua manusia dihadapanku. Mereka berdiri kaku seperti menunggu aku untuk ke sana. Aku menelan air liur. Langkah aku teruskan.
Aku memberanikan diri berjalan melepasi mereka.
"Cik Aiine Zayanie?"
Mataku membulat. Serta merta aku menoleh ke kiri.
"Ye..ye..saya. Awak berdua ni siapa?"
"Kami ialah bodyguard cik mulai hari ini"
Mulutku ternganga. Bodyguard?
"Apa? Bodyguard? Maafkan saya tapi saya betul-betul tak faham apa yang korang cakap ni. Saya bukannya artis yang kena jaga oleh bodyguard. Saya boleh jaga diri saya sendiri. Terima kasih"
"Kami ditugaskan oleh Encik Rin untuk jaga Cik Aiine"
"Who Encik Rin?"
"Ketua Agensi di Australia. Encik Awangku Mohd Shahrin"
Sekali lagi aku ternganga.
"Okey. Tapi kan korang tak boleh tinggal dekat rumah saya tau. Sebab kami perempuan , awak berdua lelaki so..awak faham lah kan"
"Yang tu cik tak payah risau. Sementara menunggu Encik Rin pulang ke Malaysia , kami akan mengawasi Cik Aiine dari jauh"
"O...keyy"
"Lagi satu , tolong hati-hati dengan Cik Humairah Ellyana"
"What?!why?"
Syamil p.o.v
Beg Riana ku humban ke depan pintu rumah. Peduli apa aku. Perempuan tak sedar diri.
"Kau angkat beg tu naik atas cepat!"
Riana terus mengangkat beg itu dan melangkah menaiki tangga untuk ke atas.
"Bilik kau dekat hujung sana."
Dia mengangguk.
"Lagi satu...bilik aku dekat sini. Kau jangan suka-suka hati nak masuk bilik aku tanpa kebenaran aku. Kalau aku tau , siap kau aku kerjakan"
Sejurus itu aku terus masuk kedalam bilik. Tubuhku ku hempaskan ke atas katil
Teringat peristiwa tadi. Dimana aku tarik rambut Riana , aku tengking dia , aku seksa dia sedangkan baru berapa jam kami menjadi suami isteri.
Kesian melihat gadis itu menangis. Aku tahu bukan salah dia , tapi entah kenapa ego memberontak mengatakan semua itu salah Riana.
"Maafkan aku Riana. Aku terpaksa korbankan perasaan sayang dan cinta kau."
Afiq p.o.v
"Aku bukan apa fiq , kita cousin. Aku dah masak dengan perangai kau. Time kau dah kahwin ni aku ingat kau dah berubah . Aku dah janji dengan Mia. Mia nak kau jaga Lina. Means dia nak aku perhatikan kau. So please lah ingat sikit bini kau tu"
Aku mengeluh.
"Ya Af aku tahu. Cuma tadi tu insiden yang tak dijangka. Kau pula ngam-ngam datang masa tu. "
"Okey aku percaya kau but kau kena cari PA baru lepasni. Aku tak nak kau pilih yang seksi lepastu rambut gerbang macam sarang burung. Aku nak yang ngam dengan jiwa aku dan kau"
Aku mengangguk kecil. Betul kata Afham. Kalau macam ni terus , tak aman hari-hari aku asyik-asyik kena goda.
"Eh ni kau dah lunch ke tadi?"
"Belum. Patutnya aku ba....."
Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Omaigad!
Iphone didalm poket aku ambil. Habis bateri?!"Sorry Af , i have to go now. Lina dah tunggu aku kat rumah"
Cepat-cepat aku keluar dari pejabat.
Masaklah aku balik rumah karanggg!
Vote&commen❤
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin!
RomanceHidup mereka penuh dengan cabaran suka dan duka dikongsi bersama ada bahagia , ada perit Datang pula orang lain mengisi hati mereka masing-masing semuanya menjadi kawan Tapi bila hati sudah terpaut & mungkin itu dinamakan jodoh Sebab itu mereka berk...