----------------------------------------------------------------------------------------------
Rayyan berjalan menuju ke kelas 5 akaun. Atas sebab ketidak hadiran Cikgu Aqilah , dia terpaksa menggantikan guru itu sebagai guru ganti hari ini. And lagi satu tugasan ialah 5 sains dan 5 akaun akan bergabung untuk matapelajaran matematik. Ni semua cadangan guru besar! Haihh..nasibb.
Rayyan pergi ke block B terlebih dahulu untuk mengumumkan agar 5 sains berpindah ke 4 akaun iaitu kelas bersebelehan 5 akaun.
"Selamat pagi semua!" Kata Rayyan tegas dengan rotan ditangan kirinya dan buku kehadiran ditangan kanannya.
"Selamat pagi cikgu" jawab mereka semua
"Angkat semua barang-barang kamu dan pergi ke kelas 4 akaun. Jangan ada satu pun tertinggal! Ingat , jaga kelas 4 akaun. Jangan rosakkan apa-apa pun barang dalam kelas tu kalau kamu semua rasa tak nak cuci tandas sekolah! Faham?!"-Rayyan
"Faham cikgu!"
"Bergerak cepat!"-Rayyan
Satu persatu pelajar keluar dari kelas tersebut dan pergi ke bangunan blok A.
"Eh , eh. Kamu nak pergi mana dengan angkat meja ni?" Rayyan menahan seorang pelajar lelaki yang sedang mengangkat meja keluar dari kelas. Sempat dia melihat nametag dibaju sekolahnya. Mohd Syamil F.
"Err..cikgu cakap suruh angkut semua barang. Jangan ada yang tertinggal. Kiranya dengan meja sekali lah kan?"-Syamil
Rayyan menepuk dahinya. Rotan ditangan kirinya dihentak ke atas meja Syamil membuat Syamil menggigil.
"Saya cakap angkut barang sekolah. S.E.K.O.L.A.H! Meja tu barang sekolah ke? Tu harta benda sekolah! Masukkan balik dalam kelas. Cepat!"-Syamil
Syamil cepat-cepat masukkan kembali mejanya. Afiq hanya menjadi pemerhati. Nak tergelak rasanya.
"Dah..jom" kata Afiq sambil menepuk bahu Syamil. Mereka berdua berjalan keluar dari kelas dan menuju ke blok A.
Diantara kelas 5 akaun dan 4 akaun ada sebuah pintu berlipat-lipat yang menjadi pemisah diantara dua kelas tersebut. Ianya akan dibuka apabila sesuatu aktiviti dijalankan.
Semua pelajar 5 sains mengambil tempat duduk masing-masing di dalam kelas 4 akaun. So kiranya hari ni kelas 4 akaun jadi 5 sains. Untuk hari ni je.Pintu yang menjadi pemisah antara kelas mereka dibuka.
Terkejut beruk Riana dibuatnya. Pandangan Riana dan Syamil bertaut. Sebab Riana duduk paling depan dan berhadapan Syamil. Cepat-cepat Riana menggoncangkan tubuh Lina yang nyenyak tidur disebelahnya.
"Lina..Lina..bangun!" Riana semakin menggeletar. Entah kenapa hatinya berdegup kencang.
Mia dan Aiine turut terdiam. Mereka duduk benar-benar menghadap Afham dan Shahrin. Dugaan apakah ini?
"Apa? Jangan kacau lahh!" Lina menepis tangan Riana yang berada dibahunya. Makin kuat Riana memukul bahunya.
"Apa hal?! Cikgu Aqilah kan takde , bagilah aku tidur!" Suara Lina naik satu taraf.
Pakk!
Meja Lina dipukul seseorang. Dengan berat hati Lina mengangkat kepalanya. Matanya digosok beberapa kali."Nak tidur , balik rumah ye sayang...." bisik seseorang ditelinganya. Serta merta mata Lina terbuka luas. Dia menoleh ke kanan. Terjengul muka Rayyan yang tersenyum sinis kepadanya. Lina hanya tersengih. Dia mengalihkan pandangan kehadapan.
What the...???-Lina
"aku dah tak tahan!" -Aiine
Mia disebelahnya terkejut.

YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin!
RomantizmHidup mereka penuh dengan cabaran suka dan duka dikongsi bersama ada bahagia , ada perit Datang pula orang lain mengisi hati mereka masing-masing semuanya menjadi kawan Tapi bila hati sudah terpaut & mungkin itu dinamakan jodoh Sebab itu mereka berk...