Shahrin p.o.v
Aku mula resah. Bukan aku sorang je , Aiine , Syamil dengan Riana pun sama. Dari semalam group Afiq dengan Afham tak balik-balik. Sesat ke apa dorang ni?
Entah-entah memang dah sesat
Tapi mengikut logik , dorang takkan sesat sebab dorang ikut tali. Lagipun Afiq dengan Afham dengan partner masing-masing. Lain lah aku dengan Syamil , kitorang terbalik. Aku jaga group Riana , Syamil jaga group Aiine.
"Cam mana ni?"
"Aku pun tak tau. Tapi mustahil juga dorang sesat , sebab kita ikut arah tali kot"
Aku dan Syamil runsing. Gila tak runsing kalau kawan baik sendiri hilang! Bff woi!
"Korang tak tau ke ada cerita pasal hutan ni. Aku dengar ada orang pelik yang tinggal dalam hutan ni , dia makan manusia. Seram!"-Riana
"Darimana kau dengar cerita mengarut ni?"-Aiine
"Mengarut je lah kau ni sayang oiii..."-Syamil
Aku menjeling Riana. Budak ni boleh tahan bengong juga.
"Aku dengar budak form 3 dengan form 4 bercerita kat khemah tadi. Tu yang aku bagitau korang...manatau lah berguna kan information tu"-Riana
"Tak berguna langsung!" Kata kami semua serentak.
Haish budak perempuan ni kan...memang perangai macam ni ek?
Korang kat mana wehh?
Afham p.o.v
Kami semua meneruskan perjalanan. Masing-masing tidak terkeluar dari kelompok. Aku harap betul lah jalan yang kami ikut ni. Aku berjalan dihadapan sekali , Afiq pula dibelakang. Memandangkan kami berdua ja dua lelaki dalam group ni.
Tangan Mia ku genggam kemas. Jelas riak takut diwajah gadis itu.
"Af...macam mana kalau kita tak jumpa jalan balik?"
Sayu sahaja kedengaran suara Mia.
"Kita mesti jumpa. Yang penting banyakkan berdoa"
Aku tersenyum begitu juga dengan Mia. Kami meneruskan perjalanan.
"Af..tu bukan tali ke?" Mia menghalakan jari telunjuknya kehadapan.
Tali itu aku ambil. Ketara sangat tali ni bekas dipotong dengan kemas. Tapi siapa potong?
"Tapi siapa yang potong?"
"Aku rasa something tak kena lah Af"-Afiq
Aku mengangguk perlahan. Entah kenapa hati ni rasa resah beselubung takut. Ya allah kau permudahkan lah urusan kami.
"Af....."-Mia
Aku melihat Mia disebelah. Mukanya jelas menayang riak takut. Aku mengankat kening sebelah kanan.
"Tu...." Mia menghalakan jarinya ke atas. aku dan Afiq melihat ke atas. Air liur ku telan kesat. Mia mula menangis
"Apa pun yang korang semua nampak , jangan cakap apa-apa. Diam je" arahku.
Kelihatan seorang mayat yang sudah reput tergantung dipokok besar.
"shh...jangan nangis" tubuh Mia aku peluk. Aku tau perasaan perempuan tidak sama dengan lelaki. Perasaan takut lelaki boleh disembunyikan , tapi perasaan takut perempuan langsung tak boleh disembunyikan. Kaum hawa yang lemah harus dilindungi kaum adam. Kenapa aku berceramha time-time macam ni?
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin!
RomanceHidup mereka penuh dengan cabaran suka dan duka dikongsi bersama ada bahagia , ada perit Datang pula orang lain mengisi hati mereka masing-masing semuanya menjadi kawan Tapi bila hati sudah terpaut & mungkin itu dinamakan jodoh Sebab itu mereka berk...