Lina p.o.v
Remote tv ku ambil dan duduk diatas sofa berhadapan kaca tv. Rayyan pergi sekolah balik lepas hantar aku tadi. Dia cakap dia ada kelas tambahan dengan budak form 1. Sorang je lah hari ni. Mama dengan papa pula balik indon.
Kini dia datang menakluki bumi
Demi koko yang dicari-cari
Mereka kan tiba tak lama lagi
Apa mungkin terjadi
Jadi kita perlukan penyelamat bumi
Boboiboylirik lagu OST boboiboy aku ikut. Kartun ni je yang aku rasa paling best. Ait....satu lagi ejen ali. Setiap jumaat aku selalu tunggu wayang tu main. Jangan lupa saksikan ejen Ali setiap jumaat 5:30 petang di tv3.
Dah kenapa aku promote kartun pula nii
Lagu Janna Nick-Mungkin saja di hp ku berbunyi. Yes..ada orang call.
"Hello"
"..................."
"Hah?! Apa papa ni...tak aci tau tak!"
"................"
"jam berapa dorang datang?"
"..................."
Aku mengerling jam yang terletak didinding. jam 5:56. Tak lama lagi nak jam 7! Habislah aku!
"Ok..ok lah pa. Al nak naik siapkan apa yang patut. Bye pa!"
Bermula dari dapur. Aku menyuci pinggan. Susun meja makan then sapu bahagian dapur. Lepastu ruang tamu pula. Ya allah..sungguh memenatkan. Punyalah bersepah sana sini. Sapa juga yang sepahkan...aku lah. Hihihi.
Setengah jam kemudian. Semua peralatan membersihkan rumah aku simpan didalam bilik stor semula. Aku bergegas pergi ke bilik untuk membersihkan diri.
Ting Tong! Ting Tong!
Tudung hitam aku sarung dikepala. Cepat-cepat aku membuka pintu rumah."Assalamualaikum Al"
"Eh , waalaikumsalam . Mumy jemputlah masuk"
Aku mempelawa Tengku Fifah merangkap bakal mak mertua aku masuk ke dalam rumah. Papa telefon aku pasal ni lah. Dia cakap mumy (Tengku Fifah) nak datang bermalam kat sini sekeluarga sementara mama dengan papa kat Indonesia.
Ketara sangat nak suruh aku rapat dengan mumy. Alaa..tektik papa dah lama aku kesan.
"Dady dengan...Afiq pun masuklah" Lupa pula dua manusia ni. Rasa kekok pula. terpaksa lah ber awak-saya dengan si Afiq ni.
Apalah nasib aku ni
Setelah mereka masuk dan semua barang mereka dibawa masuk. aku menyuruh mereka duduk diruang tamu.
"Mumy dengan dady tunggu jap ek. Al nak buat air kejap"
"Tak pe lah Al , tak payah susah-susah."-Tengku Fifah
"Ha'ah. Dady pun masih kenyang ni. Dah makan tadi sebelum pergi sini"-Tengku Afran
Aku hanya tersenyum dan mengangguk. Afiq pula dari tadi diam je. Kalau kat sekolah punya main gatal lagi , bila kat sini macam nak tak nak je layan aku.
"Er..nanti mumy dengan dady pilih je bilik mana-mana yang mumy dengan dady suka. Semua dah siap"
"Yela Al"-Tengku Afran
"Assalamualaikum" aku menoleh ke suara tersebut.
Baru nak balik ke abang oii...
"Waalaikumsalam" jawab kami semua.
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin!
RomanceHidup mereka penuh dengan cabaran suka dan duka dikongsi bersama ada bahagia , ada perit Datang pula orang lain mengisi hati mereka masing-masing semuanya menjadi kawan Tapi bila hati sudah terpaut & mungkin itu dinamakan jodoh Sebab itu mereka berk...