Shahrin p.o.v
Bila lah nak berhenti ni?
Kipas tangan yang dihias dengan corak bunga bewarna kelabu aku pegang untuk mengipas si pengantin lelaki. Semakin lama semakin perlahan. Penat weh!
"Kau penat ke?" -Afiq
"Sikit" kataku sambil tersenyum nipis. Tidak mahu Afiq risau. Lagipun hari ini hari bahagia buatnya.
"Pergilah rehat , suruh orang lain yang ganti"-Afiq
Aku memberhentikan kipasan ku. Aku mengangguk perlahan , memang dah tak larat. Aku tak tau lah kenapa dorang suruh aku dengan Aiine yang jadi pengapit.
"Shah , panggil Afham dengan Mia boleh?"-Lina
"Kenapa?"
"Suruh dorang ganti korang"-Lina
Aku mengangguk dan berlalu turun dari pentas pelamin. Sesak jugalah. Apa taknya , budak sekolah lama ada , budak U pun ada. Nasib fans Afiq tu tak mengamuk.
"Af...."
"Haa kenapa?"-Afham
"Pengantin kita suruh kau dengan Mia ganti aku dengan Aiine jadi pengapit sekejap"
"Eh pehal pula?"-Mia
"Kitorang penat lah. Pergilah...kejap je. Paling kurang pun 2 jam lebih"
"Okay-okay"-Afham
"Ish..kenapa banyak-banyak orang , korang mesti pilih aku dengan AYAM tu!"-kata Mia tidak puas hati.
Aku tergelak melihat wajah gadis itu. Ni mesti kes masih merajuk dengan Afham.
"Sebab korang memang sesuai. Alaaa kau ni , jadi pengapit je pun , bukan jadi pengantin!"
"Ish , bla lah kau!"-Mia
"Ewahh-ewahh , kau suruh aku bla? Aku sanggup tunda penerbangan aku pergi oversea untuk majlis ni tau tak! Sanggup kau halau aku?"
"Ngada-ngada! Jujur je lah yang kau tunda flight kau sebab nak luangkan masa dengan Aiine!" sejurus itu Mia terus berlari menuju ke arah pelamin. Kuang ajoo!
Lina p.o.v
Usai majlis tamat , aku berdiri ditepi pintu slide didalam rumah . Kitorang buat majlis tu dekat dengan dewan berhampiran kawasan rumah aku.
"Termenung apa tu?"
Aku tersentak. Afiq yang berdiri disebelahku tersenyum manis. Aku hanya menjelingnya dan berpeluk tubuh.
"Takda papa"
Aku tak tau lah kan ada serangga or apa benda yang tengah peluk aku , aku melihat kebelakang. Wajah Afiq hampir denganku. Okayy...aku tak suka bila jantung ni buat hal.
"Apa main peluk-peluk ni? Lepaslah!" aku meronta-ronta untuk dilepaskan.
"Shhh duduk diam-diam kejap. Mumy kat belakang kita ni , so kenalah berlakon sweet sikit"
Aku berhenti meronta. Mumy kat belakang kitorang ke? Perlahan-lahan aku menggerakkan kaki ku untuk berpusing kebelakang. Pergerakan itu membuat kami berdua menghadap kebelakang serta merta.
Ni bukan setakat mumy je yang ada. Semua family kitorang ada kat sini! Dorang Aiine pula dok senyum-senyum , eii tampoo kang!
"Kalau nak sweet-sweet pergilah masuk bilik. Janganlah depan pintu. Kau ni fiq!"-Syamil
"Ha'ah. Malam ni kau layan Lina elok-elok! Kalau aku tau kau main kasar , esok juga kau makan penumbuk aku!"-Riana
Haih lahh laki bini dua orang ni.
"Jangan risau lah , aku akan layan dia paling elok punya" -Afiq
Aku membulatkan mataku memandang Afiq. Dorang semua dah bantai gelak. Makin mendidih darah dalam badan aku ni.
"Dah lah malas nak layan korang!" aku terus berlalu naik ke atas.
"Eh sayang!" -Afiq
Banyaklah kau punya sayang!
Syamil p.o.v
Aku memandu kereta dengan cermat. Riana disebelahku ku kerling. Gadis itu merenung keluar tingkap.
Aku hanya diam. Malas mahu mengusiknya. Dia mungkin penat?
"Mil...."
Aku melihatnya sekilas
"Yes?"
"Awak rasa Lina okay tak?"
"Insyaallah okay. Kenapa?"
"Takda apa cuma.."
"Awak takut Afiq buat benda tak baik dekat Lina?"
Riana mengangguk. Aku menggeleng dan tergelak kecil.
"Saya kenal Afiq. Walaupun dia playboy , tapi saya tau dia cuma sayangkan sorang ja dalam hidup dia. Even perangai dia macam tu , dia tak pernah sentuh air haram or something yang lain. Saya percaya dia akan jaga kawan kesayangan awak tu"
"Hmmm"
"Jangan risau lah. Nanti turn kita pula yang kahwin. Saya akan buat awak bahagia. Jadi harap awak bersabar ya sayang" aku mengenyitkan mata kananku.
Riana menjeling aku.
"Siapa nak kahwin dengan awak?! Perasan!"
"Eh? Yeke? Saya dengar ada orang sebut lah hari tu yang dia nak kahwin dengan kite"
"Bila masa? Memandai je awak ni!"
"Tak percaya? Saya siap record lagi. Nak dengar tak?"
"Syamil!!!!!!"
"HAHAHAHAHHAHA". Terletus tawaku melihat muka merah padam Riana.
I wish u are my jodoh Shalza Adriana. Amin.
Mia p.o.v
"Mia...."
"Apa?!" marahku.
Sakit hati aku dengan kau belum redah lagi lah Af!
"Dengarlah apa aku nak explain ni"
Aku melajukan langkahku meninggalkan dia. Tapi makin laju makin dekat pula dia ni. Aku berhenti serta merta dan berpeluk tubuh.
"I give u 5 minutes" aku berdiri menghadap sungai yang terhias indah ditaman itu.
"First , aku minta maaf sangat-sangat sebab hilangkan diri tanpa chat or call or something else. Aku bukan sengaja. Phone aku rosak. "
"So? Kau dah ada number phone baru kan? Habistu..kenapa tak call aku guna new number kau tu?"
"Aku tau kau akan marah aku. Dua bulan Mia aku dekat sana tanpa handphone dekat tangan. Masa aku dapat handphone baru , aku tak nak kacau kau dulu. Aku just stalk korang dari jauh. Aku tau kau selalu nangis , jadi aku tak nak kau nangis lagi sebab aku. "
Serta merta air mataku bergenang ditubir mata. Yaa betul , hampir setiap hari aku nangis. Setiap kali ingat Afham , aku akan nangis. Rindu menguasai diriku saat itu.
Aku menarik nafas untuk mengelakkan air mataku gugur.
"Tu je kan? Kalau tiada apa-apa lagi aku nak balik"
Aku melangkah maju dua tapak. Lenganku ditarik. Kemudian tubuhku ditarik lalu dipeluk erat. Aku tergamam.
"I miss u so much Mia" ujarnya. Hatiku tersentuh.
Serta merta tangisan ku pecah. Aku menangis tersesak-esak.
"I miss u to Afham"
Lega sudah luahkan satu ayat yang sangat ringkas tetapi susah untuk diungkapkan. Rindu.
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin!
RomanceHidup mereka penuh dengan cabaran suka dan duka dikongsi bersama ada bahagia , ada perit Datang pula orang lain mengisi hati mereka masing-masing semuanya menjadi kawan Tapi bila hati sudah terpaut & mungkin itu dinamakan jodoh Sebab itu mereka berk...