KKSK 32

239 10 0
                                    

--------------------------------------------------------------------------------

Ketujuh-tujuh mereka berkumpul dikantin. Tiada kelas , tiada aktiviti , tiada apa semua tu so baik lepak terus.

Meja yang berjarak dikiri dan kanan digabung. Masing-masing mengambil tempat.

"Pstt...psttt"-Shahrin

Afiq yang berada dihadapan Shahrin mengangkat kening kanannya. What?

"Kalau dorang tau yang minah-minah tu semua satu U dengan kita , kau rasa apa jadi?"-Shahrin

"Kiamat kott tempat ni dorang kerjakan"-Afiq

Mereka berbisik sesama sendiri.

"Apa yang korang bisik-bisik tu?"-Aiine

Afiq dan Shahrin saling berpandangan. Afiq tersengih dan menggeleng perlahan tanda tiada apa-apa.

"Sebokk je" shahrin menjeling Aiine. Aiine menjeling balik.

"Bila lah Afham nak balik" kata Syamil sambil duduk menongkat dagu. Nafasnya dihembus perlahan.

Riana menendang kaki Syamil. Matanya dibesarkan.Riana memandang Syamil 'kenapa kau cakap pasal dia?'. Syamil balas 'err hehehe'.

Mia disebelah dikerling.

Mia melarikan pandangannya ke kiri. Matanya dipejam seketika untuk mengurangkan rasa rindunya kepada lelaki itu. Tengku Syafiq Afham. Kepala dihadap semula kehadapan.

"Err..sorry Mia. Aku tak bermaksud pun nak buat kau sedih" tutur Syamil dengan nada bersalah.

Mia tersenyum sekilas. "Aku okaylah. Jangan risau"

Walaupun dihatinya terdapat pelbagai persoalan tentang lelaki itu.

"Hello guysss" kesemua mereka menoleh.

Terbuntang luas mata mereka melihat gadis-gadis itu. Kasut tumit tinggi dalam 4 inci , pakaian super sexy , rambut panjang macam hantu , makeup 3 inci , lipstick gilaa tebal and macam-macam lagi.

"Guyss..apa dorang buat dekat sini?"-Riana menghalakan jati telunjuknya kearah Shiela dan Ika.

Ingat tak Nurul Ashiela dan Azwina Afiqa? Alaa..yang pegang watak jahat masa zaman sekolah rendah. Dorang ni belum pupus lagi eh? Salahkan author.

"Entah"-Mia mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Biee...u tak rindu i ke? " Ika duduk diatas meja berhadapan Afiq. Saja menggoda lelaki itu dengan pakaiannya yang menjolok mata.

"U tak rindu i Shah?" tangan Shiela bermain-main dibahu Shahrin.

Kerusi ditolak dan berdiri untuk pergi dari situ.

"Kau nak pergi mana Lina?"-Mia

"Nak pergi cari aircon. Tiba-tiba rasa panas pula" kata Lina sambil mengipas-ngipaskan tangannya.

"Aku nak pergi cari kipas"-kata Aiine dan berlalu dari situ.

"Aku pergi cari angin"-Riana juga beredar.

"Aku pergi makan angin"-Syamil beredar dan mengikuti Riana.

Semua dengan alasan sendiri.

---------------------------------------------------------------------------------

Shahrin p.o.v

Tangan Shiela dipegang dan dipulas. Geram aku dengan perempuan ni.

"Awww..Shah! Sakitlah!" sedaya upaya dia melepaskan tangannya dari genggamanku.

Kita Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now