Afiq p.o.v
Ting!Ting! Aplikasi whatsaap aku buka. Badan ku sandarkan pada kerusi. Rehat kejap.
Al singaaa❤
-abang balik tak lunch nanti?Aku tersenyum. Haihlahh...bini. Dia tak kesah pun aku letak nama dia 'Al singaa' , lagi dia suka. Nak panggil aku 'abang' pun payah , geli katanya. Ngek.
-yeaa...nanti abang balik .
Iphone ku letak diatas meja. Jari telunjuk aku letak didahi. Pening siottt kepala aku. Banyak sangat kerja!
Tok!Tok!
"Masuk" arahku.
Erina berjalan ke arahku dan fail diletakkan diatas meja.
"Ni dokumen projek dekat Muar yang u minta"
Aku mengangguk. Fail diatas meja ku ambil dan semak.
"Okay. Kau boleh keluar" sekali lagi aku besandar pada kerusi. Pehal sakit sangat kepala ni.
"Ermm Afiq....u okay ke?"
"Yes. Aku cuma penat. Jangan risau"
Mataku pejam. Beberapa minit aku merasa ada tangan yang ligat memicit kepalaku. Mahu menolak, tetapi kepala ni sakit sangat. Aku menerima urutan itu tanpa apa-apa bantahan.
"U rehat okay. Biar i tolong urut"
Afham p.o.v
Aku berjalan keluar dari syarikat Tengku Holdings.
"Eh eh bos!"
Langkahku terhenti. Aku berpaling kebelakang.
"Yes Fariz?"
"Bos nak pergi mana?"
"Saya nak pergi jumpa Afiq kejap sebab nak discuss fasal projek dekat Muar"
"Do u mean Tengku Amirul Afiq?"
Aku mengangguk.
"Ohh erm Irham guna kereta bos. Dia suruh bos guna kereta lain"
Aku mengerut dahi. "Dia bawa kereta saya pergi mana?"
"Idk tapi dia memang ada urgent tadi"
Aku mengangguk lagi. "Okay thanks Fariz"
"Ur wlcm bos"
Syamil p.o.v
Fail ku susun kemas diatas meja. Iphone ku ambil dan letak didalam poket seluar. Sebelum melangkah keluar , kelihatan Mia sibuk menghadap kertas-kertas kerjanya. Ni mesti kerja Afham.
Budak dua ekor ni kalau tak buat hal memang tak sah
Aku hanya tersenyum dan menggeleng. Sekarang aku jadi engineering dekat office Afham. Hampir hari-hari aku dengar dorang dua tu bertekak. Sabo je lah.
Tringg! Tringg!
"Hello"
"Haa? Okay-okay saya datang sekarang"
Cepat-cepat aku keluar dan masuk ke dalam perut kereta. Riana!
30 minit kemudian aku sampai diperkarangan rumah banglo itu. Loceng rumah ku tekan.
Riana p.o.v
Air mata yang jatuh berjujuran aku lap menggunakan tapak tangan. Sakitnya Allah saja yang tahu.
Flashback
Kain yang berada didalam mesin basuh aku ambil. Selepas itu, aku menuju ke jemuran kain. Selepas menjemur kain , aku mengambil lagi baju yang masih berada didalam mesin basuh.
Entah dimana silap aku , aku tergelincir dan terjatuh. Kepala terhentak didinding menyebabkan ada pendarahan sedikit.
Handphone yang berada diatas kerusi berdekatan aku capai.
"Hello"
"Hel...lo...sy..sya..mil"
"Riana? Are u okay?"
"T..to..tolong sayaa...sa..sa..kit" kepalaku semakin pening.
"Okay-okay saya datang sekarang"
Aku menghela nafas lega.
EndOfFlashback
Kedengaran pintu rumah dibuka. Aku hanya duduk dan menanti Syamil.
"Riana! Riana!"
"Syamil!" jeritku sedikit kuat. Entah dengar ke tak dia tu.
"Riana..awak kat..eh..astagfirullahal-azim" Syamil mencangkung dihadapanku.
"Kenap ni? Macam mana boleh jadi macam ni?" matanya menatap mataku. Aku hanya tertunduk. Air mataku mula bertakung.
"Say..sayaa" belum sempat aku bercakap Syamil terus mencempung aku ke ruang tamu.
Luka dilutut dan di dahi ku dibersihkan dibalut. Terharu! Ya itu yang aku rasakan.
"Terima kasih" kataku dan menayang senyum segaris.
Tangan Syamil laju saja melekap dikepalaku. Lama mataku menatap matanya.
"Lain kali hati-hati. Lagi-lagi bila kau tinggal sorang-sorang kat rumah. Cuba kalau luka kau parah , takda siapa yang nak tolong kau. Nasib ada aku kalau tak..."
"Ya ya Syamil. Saya tau. Saya cuma tak hati-hati tadi"
Tangannya membelai lembut rambut depanku yang jatuh terhurai.
Ting!Tong!Ting!Tong!
"Biar saya buka" Syamil berjalan ke pintu utama dam membukanya.
"Maafkan kami , kami dari jabatan agama islam......"
Aku terkejut begitu juga dengan Syamil.
Haii guyss sorry lambat update. Enjoy this chapter okayy. Jgn lpa vote 😘
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin!
RomanceHidup mereka penuh dengan cabaran suka dan duka dikongsi bersama ada bahagia , ada perit Datang pula orang lain mengisi hati mereka masing-masing semuanya menjadi kawan Tapi bila hati sudah terpaut & mungkin itu dinamakan jodoh Sebab itu mereka berk...