Afiq p.o.v
Tangga untuk ke kelas 5 science aku daki. Dari tingkat atas aku dapat melihat koridor blok A dari sini. Kelas kitorang kat blok B , kelas akaun kat blok A. Maksud kitorang selama ni 'kelas sebelah' bukan bermaksud bersebelahan dengan kelas kitorang. Sebab dorang kelas kedua selepas kami. Jangan salah faham kei! Sebelah kelas dorang kelas seni.
Aku melihat susuk tubuh seorang perempuan yang sedang membuka penutup tong sampah untuk membuang sampah.Sapu tangan digigitnya. Comel.
Aku tersenyum melihat tingkah lakunya. Dia bercerita dengan sapa tu? Siap ketawa bagai. Dengan aku garang semacam je.
"Hoi!"
"Eh..mamak kau hijau" aku menjeling syamil. Memang nak aku mati ke?!
"yang kau berdiri macam tiang bendera kat sini kenapa? Pergilah letak beg dulu"-Syamil
"Kejap lagi arh" aku masih fokus melihat telatah Al dengan lelaki itu.
"Why? Are u jealous?-Syamil. aku melihat ke arah syamil. Dia juga turut melihat telatah Lina. Tiba-tiba Riana juga turut melayan lelaki tersebut. Nasib kita memang sama bruh.
"Entah" Hati aku cakap jeles , kepala otak aku cakap tak. Layankan je lah ego tu.
"Apa jenis jawapan lah kau bagi kat aku ni? Tengok Lina macam nak tembus tu kau cakap 'entah'? Ego betul lah kau ni"-Syamil
Aku mencebik. "Habis kau tu jealous ke tak?" Haa..ambik kau!
"Tak. Sebab Stanley tu kawan aku."-Syamil
What? Apa dia sebut tadi? Stanley?
"Siapa tu?"
"Budak yang duk borak dengan dorang tu Stanley. Jangan risau lah , Stanley tu taken. Gf dia budak form 3. "-Syamil. Aku melihat ke arah Syamil. Sekarang aku dah faham , dia mainkan aku! Kuang ajaq kau Mil!
"Kau...!!!!"
"Ok bye. Aku masuk dulu!" Syamil segera meninggalkan aku dengan wajah yang memerah. Patulah sibuk tanya aku jeles ke tak , rupanyaaku dimainkan!
Mia p.o.v
"Kak Riana pendek! Kak Lina pendek!"-Stanley
"diam arh!" -Lina
"Nak penumbuk?"-Riana
Aku menggeleng. Pasal tinggi pun nak gaduh. Sapa lah tak marah kalau hal tinggi dipertikaikan..aku pun marah kot! Hahaha. Lina 152 cm , Riana 156 cm , Aiine 158 cm. Aku sorang je ganjil. 148 cm. Benci!
Aku menoleh ke sebelah kanan. apa yang kau dok termenung tu minah oii?
"Aiine..."
"Aiine...."
Dia tak sedar jugaa...
Pakk!!! Mejanya aku hentak. Daripada dia jadi mayat hidup kat situ.
"Hah?apa?"-Aiine
Aku menarik nafas dan hembus.
"Kau kenapa?"
"Kenapa apa?" Aiine membuat buka blurr.
"Kau ada masalah?"
Aiine diam. Aku masih menanti jawapan darinya. 5 minit lepastu baru dia buka mulut.
"Shahrin....."-Aiine
Waitt..apa dia cakap? Shahrin? Apa hal pula nama si shahrin tu masuk?

YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin!
RomanceHidup mereka penuh dengan cabaran suka dan duka dikongsi bersama ada bahagia , ada perit Datang pula orang lain mengisi hati mereka masing-masing semuanya menjadi kawan Tapi bila hati sudah terpaut & mungkin itu dinamakan jodoh Sebab itu mereka berk...