Bab 3

2.3K 67 2
                                    

BELAKANG gadis yang sedang berlalu pergi sebaik sahaja mereka berdua turun dari tangga bas itu dipandang sejenak. Terasa ada satu perasaan asing yang hadir tiba-tiba kala itu. Sedih? Tak mungkin! Kenal pun tidak. Tetapi tak apalah.

Semoga budak Cinta Fiska ni selamat sampai ke tempat yang dituju. Dia pun dah besar panjang, pasti tahu jaga diri. Tahu nak bezakan yang mana yang baik dan yang mana buruk. Lagipun Malaysia ada pihak berkuasa yang melindungi dan mempertahankan keselamatan rakyatnya. Kalau ada kecemasan boleh call 999. Eh, sekejap! Yang aku ni dah kenapa? Lebih-lebih pula fikirkan pasal perempuan tu. Bawa mengucap, Am! Balik rumah sekarang juga.

"Yup!" Bunyi deringan telefon bimbit dari poket seluar segera dimatikan bila melihat nama Darish terpapar di skrin.

"Yup aje?! Kau kat mana ni, Am?"

"Kat bus station. Kenapa?"

"Bus station? Kau tahu tak aku dan mak ucu macam orang gila pergi balai cari kau?!" Nada Darish jelas tidak puas hati tambah pula bila terdengar Afham tergelak kecil.

"Semangat betul kau orang cari aku sampai ke balai. Aku ada aje ni, ha."

"Semangat kau cakap? Kau tak tahu betapa runtuhnya semangat kita orang bila dapat tahu kau hilang semalam." Sekali lagi Darish bidas.

"Ala, ni Afhamlah! Muhammad Afham Nazhan bin Muhammad Nazrin. Hidup lagi ni. Cakap kat mak ucu jangan risau. Aku balik sekarang."

"Kau memanglah hidup tapi anak buah kau tu... Aku rasa lebih baik kau balik balai dulu. Jangan balik rumah lagi."

"Anak buah aku? Kenapa dengan anak buah aku, Rish?" Pemuda itu tersentak. Terasa sesuatu yang kurang enak bakal disampaikan kepadanya nanti.

"Kau baliklah balai dulu. Nanti aku bagi tahu mak ucu yang kau dah selamat."

"Okey! Kau tolong bagi tahu mak ucu, ya? Nanti aku balik rumah."

"Yalah. Hati-hati, Am. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Talian pantas dimatikan. Bergetar tangan memasukkan telefon bimbit ke dalam poket semula bila memikirkan sesuatu yang buruk telah berlaku kepada anggotanya. Langkah seribu segera dipasang.

Mi segera dikunyah dan ditelan dengan rakusnya. Sedap pula Mamee Slurp perisa itik ni. Tak pernah kutahu selama ini. Teman yang dari tadi setia menemani di meja makan itu hanya mampu menggeleng perlahan. Bertambah laju gelengan bila melihat Fiska membuka tudung periuk nasi untuk mencedok nasi ke dalam pinggan pula.

"Dah berapa hari kau tak makan ni, Ika? Dah macam pelarian aku tengok." Najwa akhirnya bersuara.

"Lauk apa kau masak hari ni, Wa? Lapar." Fiska cebik bibir. Tayang muka comel.

"Sekejap! Kau ni dah kenapa? Tadi dah bantai Maggi aku dua bungkus. Ni nak makan nasi pula. Tak pecah perut ke nanti?"

"Ala, bagilah aku makan, Wa. Dapat pahala tau layan tetamu dengan baik."

"Yalah. Aku bukan tak bagi kau makan tapi pelik aku tengok. Lauk ada bawah tudung saji tu. Ambillah."

"Yes! Thank you, my friend." Tanpa membuang masa, Fiska mencapai lauk-pauk yang terhidang di bawah tudung saji itu.

"Kau dari mana ni, Ika? Datang tak bagi tahu pun." Sekali lagi Najwa bersuara sambil ralit memerhatikan sahabatnya itu menjamu selera.

"Kalau aku cerita kat kau, mesti kau takkan percaya. Lebih baik kau tak payah tanya aku dari mana, okey?" Kunyahan diteruskan menikmati kesedapan makanan yang dijamah. Pandai juga Si Najwa ni masak.

"Mulalah tu nak mengarut. Baik kau bagi tahu aku cepat sebelum..."

"Aku dari kampunglah. Dari mana lagi, kan?"

Katakan Tidak Pada CintaWhere stories live. Discover now