Bab 5

2.1K 60 1
                                    

"TUAN, saya merayu sangat dekat tuan. Saya hanya sesuai dalam unit narkotik saja, tuan. Tuan tak boleh buat saya macam ni. Tuan tak boleh tukarkan saya ke unit lain, tuan." Sekali lagi Inspektor Afham cuba merayu. Hampir sejam juga dia berada di dalam ofis orang atasannya itu.

"Dengar sini, Afham. Kita ni sebagai pasukan polis kena berhadapan dengan semua jenis jenayah. Awak tak boleh cakap yang awak hanya sesuai dalam unit narkotik. Salah kenyataan awak tu, faham tak?"

"Tapi tuan, tuan tengoklah apa usaha saya selama ni untuk menjejaki kawasan tu. Takkan tuan sanggup bagi kes ni orang lain handle sedangkan saya dan pasukan saya yang kumpulkan maklumat selama ni."

"Sama saja, Afham. Inspektor Haffis yang handle pun kita boleh tumpaskan markas dadah tu secepat mungkin guna maklumat yang sedia ada. Yang penting target kita tu tercapai. Tak kesahlah siapa pun yang handle."

"Kenapa, tuan? Teruk sangat ke prestasi kerja saya selama ni?" Nada rendah tak semena-mena.

"No. You are the best inspector among the inspectors, Inspektor Muhammad Afham Nazhan."

Mendengarkan masih tiada alasan yang kukuh diberikan dari pihak atasannya membuatkan dia terasa putus asa. Sebuah keluhan berat dibebaskan sejenak. Hampa. Teramat hampa.

"Tak apalah, tuan. Walau apapun saya tetap menunggu berita gembira daripada tuan. Saya harap tuan dapat tukarkan saya semula ke unit asal saya. Saya berharap sangat, tuan." Afham menyambung lagi. Kali ini, nada lebih mendatar.

Tangan ditabikkan sedikit ke kepala. Lantas pemuda itu menapak keluar dari ofis pihak atasannya. Memang dia tiada hati langsung untuk bekerja pada hari itu. Nak ambil cuti pun dia sendiri tidak tahu hendak ke mana melainkan ke rumah mak ucu. Lagipun dia bukannya jenis penjawat awam yang suka curi tulang dan mengambil cuti selalu. Cuti yang diperuntukkan untuk dirinya sendiri pun banyak lagi yang masih tidak digunakan.

"Tuan!"

Panggilan dari anak buahnya mematikan lamunan. Kepala segera ditoleh mencari pemilik suara.

"Kenapa?"

"Ada kes penculikan kanak-kanak baru dilaporkan, tuan."

Hmmm, kes culik? Bermakna inilah kes pertama aku bila ditukarkan ke unit ni?

"Dah 24 jam ke hilang?" soal Afham walaupun dia masih tiada rasa apa-apa minat untuk mengetahui kes itu dengan lebih lanjut.

"Dah 48 jam dah pun. Ibu bapa mangsa baru buat laporan tadi beritahu yang anak perempuan dia orang yang berumur 6 tahun masih tidak pulang ke rumah selepas waktu tadika. Ayah budak ni pun dah pergi tanya cikgu semua tapi tak ada siapa yang nampak budak perempuan tu dalam tempoh dua hari ni."

"Lepas tu?" Afham tekun mendengar.

"Jangan-jangan ada kaitan dengan kes penjualan organ kanak-kanak tu? Culik budak-budak lepas tu ambil organ mereka untuk dijual," sampuk salah seorang anggota yang muncul entah dari mana. Nampak sangat sedang mencuri dengar perbualan orang lain.

"Kes jual organ kanak-kanak? Binatang ke apa penculik tu?!" Afham naik pitching suara tak semena-mena. Angin betul satu badan dia mendengar berita sezalim itu.

"Tu bukan binatang, tuan. Tu syaitan," sambung anak buahnya pula. Tukang hasut.

"Panggil semua masuk bilik mesyuarat. Bagi tahu detail kes ni dekat saya dari A sampai Z." Arahan diberi keras. Selang beberapa saat, Afham beredar ke ofisnya. Masing-masing menurut arahan seperti biasa.

"Baik, tuan!"

LANGKAH perlahan-perlahan merapati rak-rak buku yang tersusun rapi di dalam kedai buku Popular itu. Biji mata dililaukan mencari rak yang menghidangkan buku-buku kegemarannya iaitu novel cinta. Hampir dua minggu dia berada di rumah temannya dan dia sendiri sedar akan maksud simpulan bahasa mati kutu. Tak tahu apa lagi yang hendak dibuat di bandar itu. Nak cari kerja pun, kerja apa? Tujuan utama nak cari orang. Sudahnya, dia pergi ke kedai buku dan mencari novel-novel terbaru. Betul-betul lari dari tujuan asal.

Katakan Tidak Pada CintaWhere stories live. Discover now