Bab 11

1.4K 51 0
                                    

"SO, hi-tea yang mama beria-ia sangat suruh Rish pergi tu sebab inilah, ya? Nak kenalkan Rish dengan anak perempuan Tan Sri?" Tenang pemuda itu menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Yalah. Apa salahnya, kan? Lagipun Tan Sri tu dah banyak tolong business papa dengan mama. Kan lebih baik kita rapatkan hubungan keluarga kita dengan keluarga Tan Sri ni," ujar Puan Hanim separa memujuk anak terunanya itu.

"Kenapa, ma? Tak cukup lagi ke dengan duit business mama dengan papa sampai nak jual anak pula sekarang ni?" Selamba Darish balas pedas. Rasa nak berasap kepala kala itu.

"Darish Izuan!!!"

"Suka hati mama dan papalah nak buat apa pun. Rish tak ada hati langsung nak follow pelan mama dan papa tu. Sedangkan saudara sendiri pun mama jauhkan, inikan sibuk dengan keluarga lain yang nak dirapatkan. Lupakan ajelah hasrat mama dan papa tu, ya?"

"Kamu nak perli mama pasal budak Am tu lagi, ya?"

"Bukan perli, ma. Tapi Rish cuma nak ingatkan mama aje. Kalau darah daging sendiri pun kita tak rapat, tak guna kita nak rapat dengan orang lain pula. Lagipun cukup-cukuplah tu dengan agenda mama semua ni. Sekarang ni bukannya zaman batu nak tentukan siapa jodoh anak. Isteri Rish biar Rish yang cari sendiri."

"Kamu ni Rish, makin lama makin pandai menjawab mama tengok. Mama ni orang yang melahirkan kamu, orang yang mengandungkan kamu 9 bulan 10 hari. Jangan lupa tu, Rish."

"Rish ingat mama tu siapa. Langsung tak ada niat pun Rish nak biadab dengan mama. Cuma Rish minta sangat mama jangan nak rancang yang bukan-bukan untuk hidup Rish. Macam cita-cita Rish nak jadi cikgu, mama dan papa tak dapat halang. Macam tu jugalah siapa pasangan hidup Rish. Harap mama fahamlah, ya?"

Puan Hanim mengeluh berat buat seketika.

"Kenapalah kamu ni degil sangat, Rish?"

"Sedegil-degil Rish, degil lagi mama dan papa buat kat Am macam tu. Dan lagi satu."

Wanita itu menikam tajam anak mata Darish Izuan. Masih menunggu beberapa potong ayat yang bakal keluar dari mulut anak lelakinya itu.

"Rish dah janji Rish hanya akan kahwin bila Am kahwin."

"Kamu ni dah hilang akal gamaknya, Rish? Kalau anak perempuan tu tak kahwin, kamu pun tak nak kahwinlah, ya? Apalah yang budak tu buat kat kamu sampai kamu sanggup taruhkan hidup untuk dia?" Puan Hanim sudah menggeleng perlahan. Tak tahulah apa yang difikirkan oleh anak terunanya itu.

"Rish dah janji depan mak ucu. Hanya mak ucu yang sayangkan kami berdua. Sedangkan mama sendiri pun sanggup jual anak sendiri demi harta." Sekali lagi Darish provokasi. Memang selamba badak sungguh.

"Tak apalah, Rish. Suatu hari nanti mama yakin kamu akan kembali kepada mama dan papa. Waktu tu kamu akan tahu kebenaran yang menyebabkan mama dan papa bencikan sepupu kesayangan kamu tu."

"Kalau macam tu, mama cerita ajelah sekarang kebenaran tu. Tak perlu nak tunggu suatu hari nanti pun."

"Mama balik dulu. Kamu sambunglah makan." Beg tangan segera dicapai sebelum bingkas dari ruang makan di rumah milik Afham itu.

"Kirim salam papa." Sempat lagi Darish berpesan sebelum menyambung makannya kembali.

Sampai sahaja di muka pintu, langkah wanita itu mati tiba-tiba. Air muka segera berubah kelat bila melihat wajah anak saudaranya yang sedang mengukir senyum. Jangan kata nak balas senyum, salam yang dihulur Afham juga tidak langsung disambut. Darish yang hanya memerhati adegan itu sudah menggeleng kepala. Kejam sungguh mama. Puan Hanim terus berlalu menuju ke kereta mewahnya tanpa sebarang bicara. Afham pula hanya mampu mengeluh dalam diam.

Katakan Tidak Pada CintaWhere stories live. Discover now