Bab 9

1.5K 56 1
                                    

PINTU bilik wad pesakit yang dikuak kasar membuatkan Fiska sedikit terkejut. Bebola mata menangkap wajah temannya yang muncul secara tiba-tiba di ruang itu. Baru sahaja Fiska cuba mengukir senyum, Najwa terus meluru masuk tanpa segan silunya. Tubuh gadis itu dipeluk rapat kerana terlalu menggunung rasa bersalah dalam benaknya kala itu.

"Aduh, sakit, Wa! Sakit." Fiska merengek kecil bila Najwa tersentuh bahagian abdomennya yang baru selesai dibedah pagi tadi.

"Ika, aku betul-betul minta maaf dekat kau. Waktu kau sakit malam semalam, aku tak dapat nak tolong hantar kau ke hospital. Kalau aku tahu perkara ni nak jadi, aku tak balik kampung, Ika."

Penuh kesal wajah Najwa memohon maaf kepada temannya itu. Fiska hanya menghadiahkan sebuah senyuman sebelum bibirnya bergerak untuk membalas kata.

"Tak apalah, Wa. Mak kau pun sakit, kan? Lebih baik kau balik tengok mak kau. Aku kat sini okey aje. Kau janganlah risau sangat, ya?"

"Syukurlah kau tak apa-apa, Ika. Tapi betul ke kau appendix? Macam mana boleh appendix tiba-tiba pula, Ika?"

"Betullah. Marilah tengok kesan jahit kat perut aku ni, Wa," pelawa Fiska dengan sengih. Baju pesakit sudah diselak sedikit untuk ditayangkan kepada temannya itu.

"Hesy! Tak naklah aku tengok. Ngeri."

Fiska hambur tawa kecil beberapa saat. Geli hati melihat wajah temannya yang cuba menjauhkan diri dari dia.

"Ala, bukan operation besar pun. Penakutlah kau ni. Tengoklah sikit. Sikit aje."

"Kau jangan main-main, Ika. Aku report kat doktor karang cakap kau nak buka balutan."

Tawa yang masih berbaki disambung. Seronok pula dia mengusik temannya itu. Padahal pada malam dia sakit tempoh hari bukan main lagi dia berpesan dekat polis bermulut hantu tu suruh bagi tahu doktor jangan bedah perutnya. Alih-alih kena bedah juga. Nampak sangat dia tak pesan kat doktor. Cis!

"Okey! Okey! Eh, kejap lagi sebelum kau balik kau tolong aku satu benda, boleh?"

"Tolong apa?" Najwa kerut dahi sedikit.

"Tolong daftarkan nama aku kat kaunter pendaftaran. Doktor ada ingatkan aku tadi, kalau aku tak daftar lagi dia suruh siapa-siapa waris yang datang melawat aku tolong daftarkan. Lagipun aku cuma ada kau aje sekarang ni, kan?" Fiska tayang muka comel. Konon menagih simpati.

"Tapi Ika, hmmm, aku rasa nama kau dah didaftarkanlah."

"Dah daftar? Kenapa kau cakap macam tu pula? Bila masa aku daftar? Dari malam semalam aku terbaring kat sini aje." Air muka berubah seratus peratus. Pelik bin ajaib ni.

"Kalau kau belum daftar, macam mana jururawat kat kaunter pendaftaran tu tahu nombor wad kau? Waktu aku datang tadi, aku tanya jururawat kat kaunter pendaftaran itulah. Kalau tak, aku tak sampai lagi kat dalam wad yang kau duduk ni. Besar kut hospital ni aku nak mencari," jelas Najwa panjang lebar.

Fiska mengangguk perlahan tanda memahami.

"Habis tu, siapa yang daftar untuk aku?"

"Mana aku tahu. Malam semalam kau datang hospital dengan siapa?"

"Aku datang seorang aje. Teksi yang hantar aku. Lepas keluar dari teksi tu, aku ingat aku cuba berjalan menuju ke pintu masuk hospital. Lepas tu, dah sakit sangat aku terduduk kat kaki lima." Fiska cuba mencerna sedalam mungkin.

"Bila dengar kisah kau malam tu macam ni, aku betul-betul kasihan, Ika. Sorry sangat-sangat aku tak dapat nak tolong kau."

"Hesy, kau ni! Tak payahlah minta maaf. Tu bukan masalahnya sekarang."

Katakan Tidak Pada CintaWhere stories live. Discover now