Part 4

135 4 0
                                    


"wah...seorang atlet seorang lagi pemimpian sekolah. Tak sangka korang ni dapat kerja baru",seorang budak lelaki menghamburkan tawanya dihadapan sinki. Bushhhhhhh! Budak lelaki tersebut menoleh kebelakang. "cakap lagi sekali, kepala kau aku tonyoh dekat lubang tandas",qas mencampakkan baldi ke lantai.pandangannya sudah cukup untuk membuatkan budak lelkai tersebut terdiam. "kau nak berdiri kat sini dan join kerja baru ni ataupun kau nak blah? Kalau nak carpet boleh. Tapi brown carpet, bukan red carpet la". Budak lelaki tersebut terus keluar tandas dengan baju yang basah kuyup. Qas menoleh kearah irfan yang sibuk membersihkan lantai tandas.

"ni kau punya pasal la kita bersihkan tandas"

Irfan mendiamkan dirinya. "hoi. Kau ni dah bisu ke?"

Krik krik krik.

Pap! Satu tepukan kasar mengena bahu irfan. "hoi! Bila aku cakap tu jawab. Bukannya diam". Irfan mendekatkan mukanya dengan qas. "aku takde masa nak layan kau"

Qas memandang irfan tajam. "aku tak suka orang macam kau ni"

Irfan menyambung memberus lantai tandas. "i don't give a damn about it. Dengar sini. I'm sick of your attitude. Childish."

"include you",qas menolak bahu irfan menggunakan jari telunjuknya. Irfan memandang wajah qas dan menggelengkan kepalanya. Gila kecoh dia ni. sekali lagi aku hairan, macam mana orang macam dia ni boleh wujud.

"dengar sini qas. Aku ni ada banyak benda lain lagi nak fikir, bukan nak fikir pasal kau je. Habis buat benda ni aku nak blah.", Irfan menyambung hukuman yang diberikan kepadanya. Qas melihat Irfan yang sudah pun menyambung kerjanya. Berlagak betul pengawas ni. menyampah aku. Bukannya nak berterima kasih. Lain kali cuba la berterima kasih dengan aku sebab dah tolong protect kau.

----------------------------

"Irfan Firus dari kelas 5 Sains 1, sila ke bilik disiplin sekarang"

Qas tersengih pabila mendengar pengumuman yang baru dibuat sebentar tadi. Jarinya bermain dengan pensil tekan. Mesti cikgu dah tangkap dia buat kesalahan.

"Qas! Kenapa berangan lagi?! Cepat sipkan soalan matematik tu!", Qas menjuihkan bibirnya apabila ditegur oleh guru matematiknya.

"irfan..."

Irfan mendongak apabila namanya disebut ."Ya cikgu. boleh saya tahu sebab saya dipanggil kesini?"

Guru disiplin memandang wajah kacukan Irfan. Serius betul muka budak ni. cuba senyum sikit, takde la menakutkan sangat. "Kes yang awak siasat tu, kami , pihak disiplin sudah pun mengambil tindakan lanjut. Tetapi ada lagi satu kes yang saya nak awak masuk campur."

"Cikgu. saya nak berterus terang. Kalau boleh, saya tak nak libatkan diri dalam kes macam ni lagi. Lebih baik cikgu serahkan kes sebegini kepada ketua pengawas ataupun exco disiplin."

"Kenapa awak tiba-tiba menolak arahan saya?"

"Saya harap cikgu maklum dengan situasi saya sekarang ni. lagi beberapa bulan saya akan menduduki peperiksaan besar."

Cikgu Arif mengeluh. Bukan dia tak nak cari orang lain. Tap skil Irfan merupakan yang terbaik. Tapi betul jugak kan. Takkan la nak suruh budak yang dah nak periksa buat banyak sangat kerja. Cikgu arif mengurut dahinya. Perlahan, dia menganggukkan kepala.

------------------------------

Irfan berjalan keluar dari bilik pengawas. Sedang dia memakai kasut...

"Irfan.."

Irfan mendongak ke atas. Apa yang budak ni nak? Dia segera bangun. "kau nak apa?"

Hakim memeluk bahu Irfan. Irfan mengangkat keningnya. Buang tabiat ke apa budak ni? tetiba baik dengan aku. Selalunya dia la yang paling tak puas hati dengan aku. "jom ikut aku"

Story 17: Kau?Where stories live. Discover now