Irfan melangkah masuk ke dalam arked tersebut. bunyi game menyapa lubang telinganya. Bibirnya tersengih. Dia berjalan ke bahagian belakang arked tersebut. beberapa meja snuker menjadi hidangan mata Irfan. Bibirnya tersengih. Irfan mengangkat tangannya. "Yow."
Qas memandang arked dihadapannya. Dia masuk ke sini kan? Kan? Kakinya melangkah masuk. Bukan dia tak selalu pergi ke tempat macam ni, Cuma tak sangka pulak Irfan ni kaki game. Matanya melilau mencari bayang Irfan. Uikss, takde? Tapi dia masuk ke sini kan?
Langkahnya dihalakan pada bahagian belakang arked tersebut. takkan la dia masuk tempat macam ni. Normal la kalau dia ni sosial, tapi, takkanlah...
Dia terpaku melihat Irfan sedang bermain snuker.
"Woi, aku menang oi! Mane duitnya!"
Buk! Satu penumbuk mengena muka Irfan. Irfan yang terjatuh mendongak keatas dan melihat wajah Qas. Apa budak ni buat kat sini?
"Bodoh jugak eh kau ni? Kau letak otak kau kat mane? Kat kepala ke, kat tapak kaki? Kau selama ni belajar apa? Jom"
Irfan memandang Qas dengan perasaan tak puas hati. Kenapa dia mesti ikut budak ni? ingat kau baik sangat ke? Kau pun buat salah. Jangan berlagak macam kau ni bagus sangat. Mangkuk-
"Sekarang aku ke kau yang mangkuk? Aku yang mangkuk hayun ni pun tahu halal dan haram." Qas menghulurkan tangannya. "Jom"
Irfan menepis tangan Qas. "jangan nak buat buat baik. Kau bukan baik sangat pun." Dia bangun dan menepuk seluarnya yang terkena habuk. Begnya diambil kasar dan melanggar bahu Qas semasa keluar daripada tempat tersebut. Menyemak.
YOU ARE READING
Story 17: Kau?
Художественная прозаsebenarnya aku tak tau nak letak tajuk ape..hahahahhahahaha wtak utama: Irfan : pengawas sekolah (again...aku suka buat cerita pasal pengawas), pengawas yang...tak macam pengawas? watak kedua utama (?): Qas : nak cakap camne eh, budak yang agak...