"Jadi..kau Irfan?"
Irfan menganggukkan kepalanya apabila disoal oleh kakak Qas. "Comel jugak kan kau ni..."
Irfan dapat lihat melalui cermin kakak Qas tersengih. Irfan mengalihkan pandangannya kepada Qas. "Kenapa dengan kakak kau wey? Bibir dia sakit ke apa?"
Qas tersengih. Amek kau setepek kak!!!
Sengihan pada bibir Rina mati. Kurang asam punya budak. Aku puji punyer baik, dia boleh cakap bibir aku ni ada penyakit?! "hoi budak, kau tahu tak apa itu puji?"
Irfan masih lagi membuat muka ketatnya. Dia tak rasa nak senyum. "kakak cuba usha saya ke? Umur kakak berapa? Saya ada limit dalam mencari pasangan. Kalau perempuan tu tua lebih 3 tahun daripada saya, saya takkan terima, lepas tu saya suka perempuan yang boleh berfikir. Dan bukan jenis yang suka menggatal."
Rina menggigit bibirnya. Isk budak ni! aku mana ada usha dia! Err, okey, aku usha..tapi sebab dia nampak hensem jer. Muka rina mula merah. Menahan marah dan malu.
Irfan tersengih. Ingat aku tak tahu. Aku banyak la jumpa perempuan macam kau ni. "Wei, pesan kat kakak kau, pergi usha orang lain. Aku takkan termakan."
"woi! Takyah suruh pesan la! Aku dengar apa yang kau cakap!"
Mereka bertiga berhenti di sebuah rumah. Rumah tersebut biasa-biasa sahaja. Rina membuka pintu setelah Qas dan Irfan keluar daripada keretanya. Qas masuk kedalam rumahnya.
"Assalamualaikummmmm"
Mak Qas berjalan laju ke ruang tamu menuju Irfan dan Qas. Bibirnya mengukirkan senyuman lebar dan mendepangkan tangannya. Qas mendepangkan tangannya kembali.
YOU ARE READING
Story 17: Kau?
General Fictionsebenarnya aku tak tau nak letak tajuk ape..hahahahhahahaha wtak utama: Irfan : pengawas sekolah (again...aku suka buat cerita pasal pengawas), pengawas yang...tak macam pengawas? watak kedua utama (?): Qas : nak cakap camne eh, budak yang agak...