Qas menjengketkan kakinya sambil melangkah dengan perlahan. Matanya melilau melihat sekeliling. sesekali dia tersengih sendiri. Macam mana la diorang boleh biarkan aku ni ponteng sekolah. Dia masih menjengketkan kakinyawalaupun tahu bahawa jarang budak lepak di kawasan tersebut. tiba tiba telinganya menangkap suatu bunyi. Dia segera berdiri dengan betul. Apa benda pulak tu?
Qas melangkah setapak kebelakng. Aishhh, seram plak tetiba. Tapi.....
Qas berjalan perlahan mendekati punca bunyi tersebut. dia berdiri disebalik dinding. Matanya dikecilkan. Pengawas? Pengawas bergaduh dengan pengawas. Jap!
"Oii! Lepaskan aku! Lepas!"
"Woi, kau buta ke apa? kau tengok apa yang kau dah buat kat pengawas tu. Da lembik da aku tengok." Irfan berhenti meronta. Dia melihat hakim yang masih lagi baring. Muka Hakim lebam. Irfan hanya memandang wajah hakim. "Dah, jomlah. Abaikan dia. Jom ponteng sekolah dengan aku"
"aku tak bawak baju lebih. Lagipun beg sekolah aku ada kat dalam kelas lagi. Aku pergi dulu"
Belum sempat Irfan melangkah kaki, kolar belakang bajunya ditarik oleh Qas. "Sekarang kau subjek apa?"
"Kimia rasanya."
"Budak kelas kau mesti kat makmal kan. Kau tunggu sekejap." Qas mengeluarkan smartphonenya. Jarinya pantas menaip sesuatu. "jom ikut aku"
Matanya melilau mencari tempat duduk seseorang. Mana la tempat duduk budak ni. pandangannya terarah pada satu beg bewarna hitam. Ni la kan beg dia? Kakinya melangkah kearah tempat duduk tersebut. beg bewarna hitam itu diangkat. "isk, ringan gila nak mampus. Bukan patutnya budak macam dia ni ulat buku ke?", bebel fiz zendiri sebelum mendekati tingkap. Dia menjatuhkan begIrfan ke bawah sebelum berlalu. Bzz..bzz... fiz melihat kiri dan kanannya sebelum menarik telefonnya keluar dari poket. Bibirnya tersengih apabila melihat emoji thumbs up daripada Qas.
Qas menyerahkan beg hitam tersebut kepada Irfan. "Sekarang masalah kau dah setel. Jum pergi monteng!", bibirnya mengukirkan sengihan.
Qas menghirup air dihadapannya. Dia menjeling Irfan yang dari tadi memandang dirinya. Apahal pulak la dengan dia ni? tetiba tengok aku macam tu? Buang tebiat ke apa? Qas mengelap mulut menggunakan belakang tangannya. "Kau kenapa tengok aku macam tu? Kau nak makan ke? Kalau nak makan cakap, aku boleh belanja."
Irfan menjilat bibirnya sebelum melihat ke tempat lain. "Kenapa kau tetiba baik dengan aku? Kau kan suka cari pasal dengan aku"
Qas mengangkat keningnya. Baik? Sejak bila pula aku baik dengan dia? "huh?"
YOU ARE READING
Story 17: Kau?
General Fictionsebenarnya aku tak tau nak letak tajuk ape..hahahahhahahaha wtak utama: Irfan : pengawas sekolah (again...aku suka buat cerita pasal pengawas), pengawas yang...tak macam pengawas? watak kedua utama (?): Qas : nak cakap camne eh, budak yang agak...