"Kamu berdua ni! tak habis habis buat masalah!"
"Tapi cikgu..."
Cikgu Arif mengurut dahinya. Sebolehnya dia sudah tidak mahu mendengar alasan dua ekor monyet yang berdiri dihadapannya. Memeningkan kepala! "Kamu pula Irfan. Kamu ni pengawas. Sepatutnya kamu ni jaga disiplin. Bukannya merosakkan disiplin. Saya malu dengan kamu berdua ni. Nasib baik la dah nak habis sekolah. Dah, boleh masuk kelas"
Mereka berdua berjalan keluar daripada bilik disiplin tersebut dan memandang satu sama lain.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?", Qas membetulkan bajunya.
"Kau nak bagi alasan apa kat cikgu? Macam la cikgu nak percaya cakap budak macam kau ni. Dah la banyak rekod disiplin. Ingat cikgu nak terima alasan kau?", Irfan memasukkan tangannya ke dalam poket sambil tersengih. Kakinya menuruni tangga.
Qas ternganga mendengar ayat Irfan. Gila kejam dia ni! Dia ingat aku ni penipu ke apa?! kakinya turut menuruni tangga mengejar langkah Irfan. "hoi, aku bukan penipu ek." Irfan masih lagi tersengih. Tidak menghiraukan Qas.
"Weyh, aku cakap dengan kau tahu tak? Kau boleh buat bodo macam tu jer."
Langkah Qas terhenti apabila melihat Irfan menggalas begnya. Irfan menuju ke belakang sekolah. Kejap, apa yang dia nak buat? Dia segera berlari anak kearah Irfan dan menarik kolar bajunya. "Hoi, mana kau fikir kau nak pergi hah?".
Irfan melepaskan keluhan berat. "Pergi ponteng la. Nak pergi mana lagi."
"Eh...jap!"
Irfan menoleh kebelakang. "Kau nak apalagi mangkuk? Ada banyak mangkuk. Kau nak aku panggil kau mangkuk tandas ke mangkuk makanan. Kalau nak yang lagi murni bunyinyer mangkuk jamban. Kalau nak upgrade sikit mangkuk hayun. Cepat gitau aku."
Qas memandang Irfan dengan pandangan bengang. Ehh budak ni. aku panggil elok elok. Dia cakap macam tu pulak. Dah la! Tacink la aku macam ni! "Blah la kau."
Irfan mengangkat bahunya dan melompat tembok sekolah. Qas memalingkan badannya untuk kembali ke kelas. Setelah 5 tapak dia melangkah, dia menoleh kebelakang. Tapi...aku tak sedap hati la...
YOU ARE READING
Story 17: Kau?
General Fictionsebenarnya aku tak tau nak letak tajuk ape..hahahahhahahaha wtak utama: Irfan : pengawas sekolah (again...aku suka buat cerita pasal pengawas), pengawas yang...tak macam pengawas? watak kedua utama (?): Qas : nak cakap camne eh, budak yang agak...