Ding...! Ding...! Ding...!
Jam usang di sudut rumah berbunyi. Aishah kehairanan.
'Kat mana aku ni?'
Bisik hatinya. Dia sendiri tidak tahu di mana dia berada dan bagaimana dia boleh berada di situ. Rumah tersebut begitu asing bagi Aishah. Walaupun kehairanan masih menghantui minda, namun digagahkan kaki melangkah dalam kesamaran.
"Hello?"
Soalannya bergema tanpa jawapan di ruang tamu rumah itu. Hairan Aishah semakin bertambah apabila melihat semua perabot di ruang tamu diselubungi kain putih. Seperti sudah lama rumah itu ditinggalkan. Matanya meliar ke segenap inci dan terus terpana melihat meja kecil yang menempatkan banyak gambar yang dibingkaikan. Dia mendekati meja tersebut. Dia mengambil satu daripada gambar itu.
'Waa.. Cun nya. Laki ni pun handsome. Confirm pakwe dia ni.'
Hatinya terdetik tatkala menatap gambar tersebut. Seorang perempuan dalam lingkungan 20-an bersama seorang lelaki yang tampak kacak. Aishah meletakkan kembali gambar tersebut ke atas meja. Dia tersenyum melihat gambar-gambar yang lain. Sedang dia leka melihat gambar-gambar tersebut, tiba-tiba dia terasa seakan ada sesuatu yang melintas di belakangnya. Dia terus berpaling. Terdengar seperti ada bunyi sesuatu di luar tingkap.
"Hello! Siapa? Siapa tu?"
Tiada jawapan. Semakin dia mendekati tingkap, semakin hilang bunyi aneh itu. Aishah membuka tingkap. Di amati suasana luar yang gelap gelita. Sunyi.
'Tak ada apa pun.'
Desus hatinya. Dia menutup kembali tingkap tersebut dan tatkala dia ingin mengunci tingkap itu, tiba-tiba satu susuk tubuh seorang wanita yang berlumuran darah di bahagian mukanya melekap di cermin tingkap itu. Aishah terus menjerit.
"Arghhh!!!"
Aishah bingkas bangun.
"Astagfirullahalazim... Mimpi rupanya.."
Dia menekup mukanya, memikirkan sejenak tentang mimpinya tadi. Tiba-tiba..
Tuk!! Tuk!! Tuk!!
"Woi! Cepat la siap! Kau hari ni ada kelas Prof Tengku. Lambat kang, kau jugak yang dapat bala."
Suara nyaring Aina, housemate Aishah jelas kedengaran dari luar bilik Aishah.
"Yela! Yela! Aku da bangun ni!"
"Cepat sikit bersiap. Kau tu bersiap da la berjam-jam. Macam tuan puteri."
"Ala.. Kau pun same je. Kata orang pulak."
Aishah membalas dari dalam bilik. Dia cepat-cepat bangun, menarik tualanya lalu melangkah ke dalam bilik air. Mindanya ligat memikirkan mimpi ngerinya tadi. Seperti ada yang tidak kena dengan mimpinya.
"Macam lain macam je mimpi aku tadi. Rasa macam real je."
Aishahbermonolog sendirian di dalam bilik air.
*****
"Beb! Malam tadi aku mimpi benda pelik la."
"Kau mimpi apa? Pakwe kau berpaling tadah ke?"
"Ish kau ni! Tu bukan mimpi pelik. Tu mimpi buruk. Nightmare, kau tau."
"Yela.. Mana la tau. Hehehe..."
Taz, seorang lagi housemate Aishah dan Aina, ketawa kecil tatkala melihat reaksi Aishah apabila dikenakan. Aina yang dari tadi fokus memandu kereta pula bertanya dengan nada serius.
"Kau mimpi apa, Cha?"
"Eh! Apasal kau serius sangat ni? Relax laa.."
"Mana ada serius! Aku tengah concentrate drive laa."
"Nak concentrate tapi sempat lagi nak tanya-tanya. Terserlah ke'busy-body'an kau, Aina."
"Yela! Yela!"
"Alalala.. Merajuk la tu. Yela nanti aku cerita eh. Sekarang ni tugas kau, kau drive dengan penuh berhati-hati eh. Kau tengah bawak dua nyawa yang berharga ni. Hehe.."
"Woooo oooh.. Baik punya arahan?! Aku da la macam driver korang, duduk sorang-sorang kat depan ni. Yang korang da macam big bos duduk belakang dua-dua tu, apahal?!"
"Ala.. Relax laa. Balik nanti aku pulak yang drive. Haha..."
Aishah bergelak tawa bersama Taz melihat keletah Aina. Aina pula hanya tersenyum. 30 minit perjalanan, mereka sampai di tempat letak kereta universiti. Aina meletakkan kereta di tempat biasanya. Mereka keluar dari kereta.
"Cha, aku tau nanti kau cerita kat aku eh."
Aina bersuara. Aishah terseyum dan membalas.
"Yela.. Ok, bye! Jumpa nanti eh. Aku tunggu korang kat kereta."
Aishahberjalan seorang diri menuju ke dewan kuliahnya. Manakala Aina dan Taz pulapergi bersama-sama. Mereka berdua mengambil jurusan yang sama iaitu, SeniRekaan Fesyen dan Aishah pula mengambil jurusan Perfileman.Aishah memang berminat dalam bidang pengarah lakonan sejak kecil lagi. Mungkinkerana darah seni yang diwarisi daripada ibunya masih mengalir di dalamdirinya. Dari jauh, Aishah terdengar gelak tawa Taz dan Aina. Aishah hanyatersenyum. Tidak dinafikan antara mereka bertiga, Aishah yang nampak matang sikitwalaupun mereka sebaya.
*****
YOU ARE READING
"Dia" Masih Wujud...
Horror"Hello! Siapa? Siapa tu?" Tiada jawapan. Semakin dia mendekati tingkap, semakin hilang bunyi aneh itu. Aishah membuka tingkap. Di amati suasana luar yang gelap gelita. Sunyi. 'Tak ada apa pun.' Desus hatinya. Dia menutup kembali tingkap tersebut d...