MukaSurat 4

1K 45 21
                                    

Sudah hampir sejam Aishah dan Ika menunggu Acong di bawah pohon rendang itu.

"Mana dia ni? Janji pukul berapa, datang pukul berapa?!!"

"Relax laa.. Kejap lagi datang la tu. Sabar eh.."

Balas Ika menenangkan Aishah yang seakan marah. Tidak berapa lama kemudian, kereta Honda bernombor pendaftaran ACA 3481 pun sampai.

"Sorry! I terlambat!"

"Eh! Tak la. You tak lambat. I baru dua minit tunggu you kat sini."

Balas Aishah sambil menjeling Acong. Acong hanya mengukir senyuman lantas dia mengambil cermin mata hitam di atas dashboard dan memakainya. Aishah memandang gerak-geri kekasihnya itu sambil tersenyum. Di dalam hati, dia mengakui ketampanan kekasihnya itu.

"Eh! Kenapa you pandang I macam tu. Macam nak telan I je."

"Tak ada apa-apa. Erm.. Smart you pakai cermin mata ni."

Acong tersenyum. Ika yang duduk di tempat duduk belakang tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Terdetik di hatinya.

'Bestnya dorang.. Sweet betul.. Kalau la Fariz macam ni, kan best.'

Ika mengelamun mengenang buah hatinya.


*****


"Sayang! Sayang! Bangun la. Da sampai ni. Ika! Bangun! Da sampai ni!"

Acong mengejutkan Aishah dan Ika. Aishah bangun, mengeliat. Dia masih dalam keadaan mamai. Begitu juga dengan Ika. Acong berkata lagi.

"Apa la you ni. Jalan tak jauh pun you boleh tidur."

"Habis.. Da mengantuk, nak buat macam mana?"

Aishah membalas. Kemudian, dia memandang sekelilingnya. Hutan!

"Eh! Kita kat mana ni??"

"Laa.. Tak kan kat Paris kot."

"I tau la bukan Paris."

"Hehe.. Kita kat tempat yang you suruh I bawak you tu la."

"Tak nampak bayang rumah pun?!"

"Rumah tu kan depan sikit. Kereta tak boleh masuk, jalan sempit. So, kita kena jalan kaki la."

"Ok! Ika, jom!"

"Nak pergi mana??"

Ika bertanya dalam mamai.

"Nak pergi funfair, Ika."

"Funfair??!"

"Kita da sampai la!!"

"Oh.. Da sampai eh."

Mereka bertiga keluar dari kereta dan berjalan kaki menyusuri denai dan becak. Seketika kemudian, mereka sampai di sebuah rumah banglo yang telah usang.

"Erm.. I macam pernah nampak la rumah ni.."

Aishah berkata selepas melihat banglo tersebut. Dia sedaya upaya memerah otak mengingatkan kembali. Dan tiba-tiba...

"Eh, you! I pernah mimpi pasal rumah ni. You ingat tak mimpi yang..."

"Alaa you ni.. Tak habis-habis dengan mimpi you tu. Da la. Jom masuk."

Acong menarik tangan Aishah.

"Aaa.. Takpe! Takpe! Apa kata you bukak pintu tu dulu. Lepas tu you masuk dulu. After that, baru I dengan Ika masuk."

"Dia" Masih Wujud...Where stories live. Discover now