"Kak Yam! Erm.. Hari ni Kak Yam masak special sikit boleh tak?"
"Aik? Kenapa pulak? Selama ni Kak Yam masak tak special ke?"
"Eh! Bukan. Kak Yam masak memang special cuma hari ni, Teha nak bawak kawan lunch kat sini."
"Ouh.. Berapa ramai kawan Teha tu?"
"Sorang je. Teha da call mama, mama cakap boleh."
"Sorang je. Laa... Ha.. Kawan lelaki ke kawan perempuan?"
"Yang tu Kak Yam tengok la sendirik nanti."
Teha menghabiskan kata-katanya lantas meminum seteguk air susu yang telah disediakan oleh Kak Yam.
"Ok la, Kak Yam. Teha pergi dulu."
"Eh! Tu rotinya tak makan?"
"La.. Teha lupa. Hehe... Ok la, bye!"
Teha mencapai roti sandwich di atas meja dan melangkah pergi ke kereta di hadapan rumah.
"Angau agaknya budak ni."
Yam bermonolog sendirian. Di luar rumah, Pak Mat sudah bersedia di dalam kereta.
"Hai, Pak Mat!"
"Hai.. Erm.. Awal hari ni?"
"Ye ke? Takde la. Biasa je."
"Awal la. Selalunya 8.45 baru gerak. Hari ni 8.10 da masuk kereta."
"Erm.. Apa-apa la, Pak Mat. Pak Mat, tengahari ni Pak Mat tak payah jemput Teha tau. Kawan Teha hantarkan.."
"Erm.. Yela.."
*****
"Hish! Apasal tak angkat call ni?"
Fazil merungut sendiri. Jari jemarinya ligat menekan punat telefon bimbitnya.
"This is the voicemail service. Please leave your message after this sound. Beep!"
"Hello, sayang. Kenapa tak angkat call? Da banyak kali abang call. Esok kita jumpa boleh? Abang rindu la. Bye!"
Fazil meninggalkan pesanan dengan harapan Teha akan memberikan reaksi yang positif.
"Dude! Kau still sayang kat Teha tu ke?"
Suara Enol kedengaran dari ruang tamu. Fazil yang berada di pintu rumah hanya berdiam diri mendengar kata-kata rakan serumahnya itu.
"Weyh! Kau tau tak yang minah tu da ada balak lain? Yang kau bodoh sangat terhegeh-hegeh kat dia lagi apasal?! Come la bro."
Fazil terkejut. Dia bingkas pergi ke arah Enol dan berdiri di hadapannya menyebabkan Enol terhalang daripada menonton tv.
"Cakap jangan sebarang cakap ea! Jangan sesuka kau nak cakap Teha macam tu. Kau ada bukti ke?"
"Eleh.. Kau nak bukti? Ok! Nanti kau tengok kat U, dia balik dengan siapa. Kau tu yang bodoh la.."
Api kemarahan Fazil mula menyala. Dia terus keluar dari rumah, menghidupkan enjin kereta dan terus memandu ke universiti Teha belajar. Dalam perjalanan, mindanya tidak putus-putus mengingatkan kembali kata-kata Enol.
"Lelaki lain?! Siapa yang berani rampas Teha daripada aku?!"
Fazil berkata sendiri. Sampai di perkarangan universiti, Fazil memberhentikan keretanya di bawah pohon rendang. Dia menunggu di dalam kereta. Jam menunjukkan pukul 1.45 petang.
"Baru 1.45. Teha keluar pukul 2 agaknya. Sekejap je lagi ni."
Fazil menunggu dengan penuh kesabaran. Fikirannya hanya tertumpu kepada Teha. Orang yang lalu lalang di hadapan keretanya sikit pun tidak dihiraukan. 10 minit kemudian, Teha keluar dari bangunan akademik bersama Tiqa. Dia kelihatan seperti sedang menunggu seseorang. Fazil yang berada di dalam kereta terpana melihat Teha yang hanya 100 meter jauh darinya.
"Teha......"
Api kemarahannya tadi seakan terpadam tatkala melihat wajah wanita pujaannya. Kerinduannya yang membuak-buak membuatkan dia ingin pergi ke arah Teha. Namun, belum sempat keretanya bergerak, dia ternampak sebuah kereta Toyota Corolla DX berhenti di hadapan Teha. Teha tersenyum kepada pemandu kereta itu lalu masuk ke dalam kereta tersebut. Fazil teringat kata-kata Enol tadi.
"Weyh! Kau tau tak yang minah tu da ada balak lain?"
Fazil lantas mengekori kereta tersebut. Di dalam kereta, dia tidak lekang daripada memarahi lelaki yang sedang bersama Teha itu.
"Celaka! Sial! Berani kau rampas Teha daripada aku? Siap kau. Kau belum kenal aku siapa."
Sampai di hadapan rumah Teha, Fazil memberhentikan keretanya jauh sikit dari rumah itu. Dia melihat lelaki tersebut keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah bersama Teha.
"Celaka! Bangang! Siapa budak tu ea? Takpe.. Takpe.. Siap kau.."
*****
"Assalamualaikum... Kak Yam, Teha da balik."
"Walaikumsalam.. Haa.. Balik pun."
Kak Yam dari dapur datang ke arah Teha.
"Kak Yam, ni la special guest yang Teha cakap tu. Nama dia Adam."
"Oh.. Adam.."
Adam menghulurkan tangan untuk bersalam. Kak Yam menyambut sambil melirikkan mata ke arah Teha. Teha hanya tersenyum.
"Tiada puisi atau lagu.. Yang dapat ku ilham seindahmu.."
Pak Mat yang datang dari garaj menyanyi.
"Aik, Bang Mat. Nak ilhamkan puisi untuk siapa tu?"
"Eh.. aa.. erm.. Untuk Yam la."
Pak Mat berseloroh bersahaja.
"Erm.. Pak Mat! Ni Adam. Kawan Teha."
"Kawan? Kawan ke boyfriend? Hehe.."
"Eh! Kawan la, pak cik. Tak lebih."
Adam menafikan sambil bersalaman dengan Pak Mat.
"Ye ke ni?! Nama siapa tadi??!"
"Aaa.. Adam, pak cik."
Tergagap-gagap Adam menjawab tatkala melihat wajah Pak Mat berubah serius. Pak Mat merenung Adam. Adam sedikit gementar dengan renungan tajam Pak Mat. Tiba-tiba Pak Mat tergelak.
"Hahahaha.. Pak cik baru tenung sikit kamu da gigil. Kamu ni.."
"Hish! Apa la, Bang Mat ni. Buat takut budak tu je."
"Saja nak gertak sikit."
Adam hanya tersenyum mendengar penjelasan Pak Mat.
"Eh, jom la makan. Kalau dilayankan pak cik ni, sampai ke malam la kita tercegat kat sini."
Yam memberi arahan. Mereka berjalan menuju ke meja makan.
"Haa.. Adam duduk la. Kenapa berdiri lagi tu. Ala. Tak payah malu. Buat macam rumah sendiri."
"Aa.. Ye.. Ye.."
Adam duduk bersebelahan dengan Teha. Mereka menikmati makanan hasil air tangan Yam. Selesai makan, mereka bercerita tentang itu dan ini. Sesekali terdengar gelak tawa mereka apabila lawak spontan dilakukan oleh Pak Mat.
*****
YOU ARE READING
"Dia" Masih Wujud...
Horror"Hello! Siapa? Siapa tu?" Tiada jawapan. Semakin dia mendekati tingkap, semakin hilang bunyi aneh itu. Aishah membuka tingkap. Di amati suasana luar yang gelap gelita. Sunyi. 'Tak ada apa pun.' Desus hatinya. Dia menutup kembali tingkap tersebut d...