"Begitulah riwayat hidup Teha dan Adam...."
Nek Yam mengakhiri ceritanya. Di tubir matanya bergenang air mata yang hanya tunggu masa untuk jatuh. Acong yang menyedari keadaan neneknya itu terus menghulurkan tisu kepada Nek Yam.
"Nah, nek!"
Nek Yam mengambil tisu tersebut dan mengelap matanya yang berair itu.
"Nek.. Habis, cerita yang Teha kena rogol tu...."
"Hish! Mana ada! Tu semua orang kampung bawak cerita. Biasa la.. Cerita dari mulut ke mulut orang ni, banyak tokok tambahnya. Hm.. Esoknya, Datuk Izhar pulak menemui ajal."
"Hah??!"
"Datuk Izhar terlibat dalam kemalangan kapal terbang time Datuk nak balik. Flight yang Datuk naik terhempas."
Nek Yam bercerita tetapi sedih masih berbaki dalam nadanya. Aishah bersuara.
"Sabar la, nek. Ni semua takdir, kan."
"Datin Shima...."
"Kenapa dengan Datin Shima, nek?"
Acong tak sabar ingin tahu.
"Datin pun accident on the way nak balik rumah. Datin... Datin... After Datin dapat tau pasal Teha, on the spot Datin balik. Tapi malang, teksi Datin yang nak hantar Datin ke airport accident. Dengan lori. Datin meninggal kat tempat kejadian."
"Ya Allah!"
Aishah terkejut mendengar pengakhiran kisah keluarga itu.
"Nek! Selama Fazil kat rumah tu, Nek kat mana?"
"Hm.. Nenek sebenarnya da pengsan dulu kat bawah. Time nenek kat dapur, ada orang hentak nenek dari belakang. Bila nenek sedar je, tangan, kaki nenek da kena ikat. Nenek dengar suara Teha dari atas tapi nenek tak boleh buat apa, nenek tak boleh gerak. Lepas tu, tiba-tiba riuh-riuh kat tingkat atas senyap. Tak lama tu, Fazil turun dari tangga dan terus berlari keluar. Nenek nampak, tangan... Baju dia.. Da penuh dengan kesan darah."
Nek Yam berhenti meneguk air. Seketika kemudian, dia menyambung semula ceritanya.
"Da lama nenek cuba bukak ikatan kat tangan dan kaki nenek, akhirnya dapat jugak bukak. Nenek terus naik atas. Nenek masuk bilik Teha, terkejut sangat-sangat. Bilik tu da penuh dengan darah.. Merata tempat. Nenek nampak Adam da terbaring kat bawah dengan darah yang berlumuran kat leher dia. Teha..... Nenek nampak Teha da terkulai atas katil. Muka dia koyak. Nenek tak tau nak buat apa. Nek nampak telefon Teha kat balkoni. Nek amek, nek terus dail polis. Tak lama tu, polis datang."
"Habis,, Fazil macam mana, Nek?"
"Fazil?! Entah. Ada orang kata, polis da dapat tangkap dia dan da dikenakan hukuman gantung. Tapi ada jugak orang kampung cakap dia still hidup lagi. Nenek pun tak tau mana yang betul."
"Oh.. Macam tu."
Acong memberi respons.
"Kesiannya family tu."
Aishah mencelah. Seketika kemudian, Acong berkata.
"Eh, you! You nak balik pukul berapa? Da petang da ni.."
"Oh! Hm.. Tak perasan pulak I. Hm.. Nek! Kami balik dulu la."
"Eh! Tidur je la kat rumah nenek ni."
"Aaa.. erm.. Tak boleh la, Nek. Saya ada banyak kerja kat sana."
"Oh. Takpe la kalau macam tu."
"Erm.. Takpe, Nek. Malam ni Acong tidur sini. Lepas hantar Aishah kat villa tu, Acong datang ea."
Acong menawarkan diri mengambil hati orang tua itu. Nek Yam hanya mengangguk dan tersenyum.
*****
"Wah! Wah! Keluar awal pagi, da nak petang baru ingat balik. Puas joli?"
Ika membebel tatkala Aishah dan Acong baru melangkah ke dalam villa. Aimie, Hafiz, Naz, Fatin, Iish, Danny, Senah dan Kecik yang berada di situ turut memandang mereka.
"Weyh! Kitorang bukan pergi joli tau. Kitorang pergi siasat something la."
"Ish! You dengan Ika ni asyik gaduh je. I kawinkan korang dorang nanti, nak?"
Aishah memberi amaran. Kemudian, Aishah memberikan arahan kepada rakan-rakannya yang lain.
"Aaa.. Korang. Lepas maghrib ni, kumpul ea. Aku ada something nak cakap."
"Cakap pasal apa?"
Aimie bertanya.
"Ada lah. Nanti aku cakap. Sekarang ni, aku nak pergi mandi. Da panas ni."
*****
Selepas maghrib, masing-masing berkumpul di ruang tamu.
"Ok, guys! Kita ada masa 3 hari lagi untuk shoot. Kita tinggal 5 scenes je lagi. Hm.. Kalau boleh, kita habiskan semua scenes tu esok, and lusa kita da boleh balik kampus. Amacam?"
"La.. Apasal kena balik awal-awal?"
Kecik bersuara mengeluarkan pertanyaan.
"Hm.. Sebenarnya kalau boleh, aku nak kita gerak dari banglo tu cepat-cepat."
"Err.. Kenapa, Aishah?"
"Hm.. Yela. Korang sendiri da tau yang banglo tu keras sikit. So, aku tak nak la berlaku apa-apa kat korang."
"Laa.. Pasal tu je ke?"
Naz berkata dengan nada yang agak sombong. Kemudian, Aishah berkata lagi.
"Tadi aku dengan Acong pergi jumpa Nek Yam."
"Nek Yam?! Siapa Nek Yam?!"
Zack yang sedang menaip mesej sempat mencelah manakala yang lain juga berkerut muka tidak mengenali nama yang baru disebut Aishah.
"Nek Yam tu nenek aku. Dia tinggal kat kampung ni."
Acong berkata. Aishah kemudian meneruskan ceritanya.
"Lepas tu, Nek Yam cerita pasal banglo tu. Dulu......"
Aishah menceritakan secara ringkas apa yang telah Nek Yam ceritakan kepadanya. Habis bercerita, Acong berkata kepada Aishah.
"Okay la you. I nak pergi rumah nenek. I tidur sana tau. Hm.. You nak join ke?"
"Er.. Takpe la. You pergi sorang. I ada banyak kerja lagi ni. Kirim salam kat Nek Yam ea."
"Esok I terus balik rumah I tau. I tak singgah sini."
Acong keluar dari villa itu. Aishah dan yang lain masih di ruang tamu. Masing-masing terdiam selepas mendengar cerita Aishah.
"Apasal korang senyap je ni?"
Iish bersuara setelah mereka semua membisu agak lama.
"Weh, takut la nak pergi banglo tu esok."
"Ha ah. Naik bulu roma aku dengar cerita Aishah."
Ika berkata bersetuju dengan Hada.
"Ala.. Relax.. Esok sebelum masuk banglo, kau baca la apa yang patut."
Gaban menasihati.
*****
YOU ARE READING
"Dia" Masih Wujud...
Horror"Hello! Siapa? Siapa tu?" Tiada jawapan. Semakin dia mendekati tingkap, semakin hilang bunyi aneh itu. Aishah membuka tingkap. Di amati suasana luar yang gelap gelita. Sunyi. 'Tak ada apa pun.' Desus hatinya. Dia menutup kembali tingkap tersebut d...