Aishah keluar dari bilik. Tekaknya terasa haus. Kering. Dia melangkah ke dapur, membuka peti sejuk dan meminum air tin Sprite. Fikirannya dari tadi tidak henti-henti memikirkan apa yang sedang terjadi. Tatkala itu, dia merasa seperti ada sesuatu yang melintas di belakangnya. Bulu romanya meremang namun, tidak diendahkan. Bayu malam berhembus menyentuh tubuhnya. Dalam kesunyian malam itu, Aishah membuka almari dapur mencari kalau-kalau ada snek untuk menjadi santapannya.
"La.. snek da habis? Ni mesti kerja Ika ni."
Aishah mengomel seorang diri menghilangkan rasa takutnya. Tatkala dia berpusing ke belakang...
"Huwarghhh!!!"
Dia menjerit lantas menekup mukanya apabila terlihat satu lembaga. Tiba-tiba, terasa lembaga tersebut menarik tangannya.
"Eh, you ni kenapa? Nampak I macam nampak hantu je."
Acong bertanya dengan nada yang pelik. Aishah perlahan-lahan membuka matanya.
"Laa.. You ke.. Buat terkejut I je. You buat apa kat sini?"
"I nak minum kejap. Haus. Datang sini, tengok you terhendap-hendap kat almari tu. You buat apa?"
"I cari snek. Rasa lapar la pulak."
"You lapar? Nak keluar makan ke?"
"Eh. Tak payah la. I saja nak makan kunyah-kunyah.. Bukan lapar sangat pun."
"Yang tadi you menjerit macam kena rasuk tu apasal?"
Acong bertanya lantas membuka peti sejuk, mengambil air tin Sprite. Selepas itu, mereka berdua melangkah ke ruang tamu, duduk di atas sofa yang menghadap televisyen. Acong mencapai remote control di sebelahnya lalu menekan punat 812.
"Alaa. Bosan la tengok bola. Tukar lain laa."
Aishah membentak.
"Biar la. Eh, kenapa you terjerit nampak I tadi?"
"Oh. Hm.. tadi time I sorang-sorang, I rasa macam ada benda kat belakang I. Seram gila time tu tapi I buat bodoh je la and pergi kat almari tu. Lepas tu, bila I pusing belakang, I perasan macam lembaga yang macam Hafiz dengan Kecik cerita tu. Rupa-rupanya, you."
"Tu la. You fikirkan sangat."
"Mana boleh tak fikir. Termasuk I, da 5 orang mimpi benda yang sama. Tambah lagi, Kecik sendiri da nampak benda tu."
Acong diam selepas mendengar kata-kata Aishah. Seketika kemudian, dia berkata.
"Tapi hantu tu mintak tolong, kan?"
"Ha ah. I rasa, macam ada yang tak kena la."
"Hm.. esok you ada shoot tak?"
"Takde kot. I rasa nak bagi dorang rest. Ala.. tinggal 5 scenes je lagi."
"Haa.. bagos la. I nak bawak you jumpa dengan orang yang tau pasal rumah tu."
"Oh! Really?! Wait! Esok you takde kelas ke?"
"Takde... Sebab tu I stay sini. Boleh tengok-tengok kan sayang I ni. You ingat I tak risau ke lepas semua yang jadik ni."
"Aww.. So sweet of you."
"Takde makna nya sweet. I rasa serba salah jugak sebenarnya. Yela. I yang suggest banglo tu after all."
"No la. I yang suruh you carikan tempat macam ni, kan. You tak salah. I yang nak banglo macam tu. So, please. Don't be serba salah or whatev. Nanti I pulak yang rasa serba salah kat you."
Acong hanya tersenyum melihat kekasihnya itu menenangkannya.
*****
YOU ARE READING
"Dia" Masih Wujud...
Horror"Hello! Siapa? Siapa tu?" Tiada jawapan. Semakin dia mendekati tingkap, semakin hilang bunyi aneh itu. Aishah membuka tingkap. Di amati suasana luar yang gelap gelita. Sunyi. 'Tak ada apa pun.' Desus hatinya. Dia menutup kembali tingkap tersebut d...