MukaSurat 5

913 47 0
                                    

"Ok, guys! Hari ni kita akan pergi ke location. Hope korang semua da ready. Erm.. Barang-barang semua da masukkan dalam van?"

"Semua da siap!"

Hafiz berkata membalas pertanyaan Aishah.

"Ok. Aku da booked satu villa yang ada kat situ. Villa tu pun tak jauh dari our location. So, kita pergi villa dulu. Check in. Lepas tu korang lepak kejap. After that, baru kita pergi location. Okay?"

"Okay!"

Semua bersetuju. Mereka pun masuk ke dalam van dan bertolak ke villa tersebut. Ika, Hada, Fatin, Aishah dan Naz menaiki kereta Aishah dan yang lain, di dalam van.


*****


"Walaweh!! Ni villa ke istana?!!"

Aus teruja melihat rumah seakan istana yang tersergam indah di hadapannya.

"Villa la ni. Tak nampak tu, Villa Akasia."

Senah berkata sambil menunding jari ke arah papan tanda yang ada di tepi villa itu.

"Ok! Now, korang lepak-lepak la dulu. Makan ke, minum ke. Dalam 3.30 nanti baru kita pergi kat lokasi."

Habis saja Aishah memberi arahan, Fatin menepuk bahunya dan berkata.

"Weyh, Cha. Kau sure ke ni vila kita? Seram pulak aku tengok vila ni."

"Betul la. Aku da usha homestay dekat-dekat sini. Ini je yang dekat. Apa yang seram pulak? Ni kan dekat je dengan rumah orang kampung."

Aishah cuba meyakinkan rakannya itu. Fatin menganguk selepas mendengar penjelasan Aishah.


*****


"Mak aih! Gila kentang! Kau serius kita nak berlakon kat sini?"

"Laa.. Habis tu, buat apa la aku bawak korang ke sini."

Aishah berkata apabila melihat Zulfie yang begitu terkejut.

"Gila ah! Betul punya seram rumah ni. Weyh, agak-agak kat sini ada hantu tak?"

"Shhh...! Mulut jangan la celupar sangat. Jangan la sebut perkataan tutt tu."

Aishah memberi amaran kepada Zulfie. Dia tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku semasa penggambaran ini berlangsung. Sedang mereka khusyuk meninjau kawasan rumah tersebut, tiba-tiba terdengar jeritan Iish dari tingkat dua.

"Arghhh!!!"

Danny yang berada berdekatan dengan tangga terus naik ke tingkat dua dan meluru ke arah Iish. Yang lain mengikut Danny.

"Ish, kau ok tak?"

Danny bertanya kepada Iish setelah mendapati Iish seperti sedang cemas dan ketakutan. Iish tidak bersuara tapi hanya menuding jari ke arah satu anak patung yang terbaring di hadapannya.

"Patung? Kenapa dengan patung ni?"

Danny memegang patung yang telah terkoyak di bahagian muka itu. Dia kehairanan. Dalam terketar-ketar, Iish berkata.

"Tadi... Tadi... Aku nampak patung ni.. Patung ni.. Berdarah..."

"Hah?! Darah?! Patung ni berdarah? Mana ada? Jangan nak merepek la."

Danny menafikan sambil membelek-belek anak patung itu.

"Ok! Ok! Da. Danny, kau letak balik anak patung tu atas katil. Yang lain turun bawah. Kita siapkan barang. Kalau boleh, kita siapkan sebelum maghrib ni."

Aishah memberikan arahan, menenangkan keadaan. Danny meletakkan anak patung itu di atas katil manakala yang lain pula turun menyambung tugas masing-masing. Sebelum menutup semula pintu bilik itu, Danny sempat menoleh anak patung tadi sekilas pandang.

'Darah?! Pelik la. Muka patung tu terkoyak. Siapa yang buat?'

Bisik hati Danny dan terus menutup pintu bilik itu.


*****



"Dia" Masih Wujud...Where stories live. Discover now