"Cut!! Ok! Cun!"
Aishah menjerit. Member yang lain bertepuk tangan gembira. Scene terakhir untuk filem mereka baru saja selesai.
"Ok! Nampaknya cerita kita da selesai. So, lepas ni kita lepak kejap. Korang semua penat, kan. Aa.. erm.. 'Mak Andam' kita mana?"
Aishah mencari Aimie yang ditugaskan sebagai jurusolek.
"Ya! Ya! I'm here and kinda busy!"
Aimie menjerit dari jauh.
"Takpe la. Aku cuma nak cakap, nanti kau cepat-cepat buang make-up si Ieta ni."
Aishah menjerit memberi arahan kepada Aimie sambil memandang Ieta yang berpakaian seperti pontianak. Ieta berpakaian demikian atas dasar peranannya di dalam cerita tersebut sebagai hantu.
"Ok! Ok!"
Aimie menjerit semula. Ieta di atas sofa hanya tersenyum mendengar sindiran itu. Mereka semua berehat. 10 minit kemudian, Aimie datang ke arah Ieta yang sedang diam tertunduk. Aimie hairan melihat Ieta yang seperti sedang bertapa. Aimie duduk di sebelah Ieta lalu menyelak rambut Ieta yang panjang menutup muka itu.
"Kau ni apahal? Tidur ke? Da macam pendekar nak bertapa pun ada aku tengok. Sini la! Buang make-up tu. Da macam pontianak betul aku tengok dengan rambut macam ni."
Ieta menepis tangan Aimie dengan kuat. Nafas Ieta turun naik dengan laju dan kuat. Dia masih dalam keadaan tertunduk.
"Keluar!! Jangan ganggu tempat aku!! Keluar!!"
Ieta bersuara lantang dan garau. Suaranya berubah secara mendadak.
"Eh, Ieta! Apasal suara kau tu? Sakit tekak ke? Apasal kuat sangat nafas kau?"
"Arghhh!!!!"
Ieta dengan ganas menolak Aimie menyebabkan Aimie terjatuh dari sofa. Kekuatan Ieta tidak seperti Ieta yang Aimie kenal. Aimie mula hairan. Ieta benar-benar berubah seperti dirasuk. Aimie kemudian bangun dan berlari mendapatkan Aishah yang sedang sibuk mengemas di belakang banglo bersama dengan member yang lain.
"Aishah! Aishah! Aishah!"
Aimie termengah-mengah. Dengan muka yang pucat lesi, dia berkata dengan nada yang tersekat-sekat.
"Aishah! Ieta! Ieta kat dalam... Ieta macam... macam kena rasuk."
"Hah?! Ieta?!"
Zack yang mendengar berita daripada Aimie terus berlari ke ruang tamu. Aishah dan yang lain menyusul di belakang Zack. Sampai di ruang tamu, Zack mendapati Ieta tiada di situ.
"Weyh, mana Ieta? Tadi kat sini."
Aimie cuak. Aishah tidak menjawab pertanyaan Aimie bahkan dia terus berlari ke tingkat atas. Aishah masuk ke salah satu bilik.
"Kenapa kau datang sini, hah?!"
Satu suara menyapa Aishah lalu pintu bilik terus tertutup dengan sendiri. Tiba-tiba susuk tubuh Ieta dengan wajah yang mengerikan berada betul-betul di hadapannya. Aishah terkejut namun dia cuba berlagak tenang untuk menghadapi makhluk di hadapannya itu. Aimie, Zack, Danny, Gaban, Hada dan yang lain berada di luar bilik, mengetuk-ngetuk pintu bilik itu.
"Aishah, kau ok tak?! Bukak pintu ni weyh.."
Suara Hada kedengaran. Aishah membalas pertanyaan, menenangkan rakan-rakannya.
"Aku ok! Takde apa-apa. Korang tunggu luar jap."
"Kenapa kau datang sini??!!"
Ieta yang telah dirasuki sesuatu itu bersuara lagi kepada Aishah. Matanya tepat memandang Aishah. Aishah memberanikan diri bersuara.
"Kau siapa, hah?!"
"Kenapa kau datang sini?!! Sini tempat aku!!!"
Pertanyaan Aishah dibalas dengan pertanyaan dari makhluk itu dengan nada yang lebih marah.
"Erm.. aa... Aku nak buat kerja aku kat sini... Aku... Aku tak kacau kau."
"Sini tempat aku.. Keluar..!!"
"Aku tau.. Aku tau ni rumah kau. Ni rumah kau, Teha."
"Siapa suruh kau datang sini??!!!"
"Er.. Kau... Kau yang datang dalam mimpi aku. Kau yang mintak tolong daripada aku."
Tiba-tiba suara yang bernada marah itu bertukar sayu.
"Kau tolong aku..."
"To... to... tolong... Tolong apa?"
"Tolong aku.... Cari Fazil!!"
"Fazil?!"
"Ya. Aku tak boleh aman selagi Fazil tak terima hukuman."
"Mana aku nak carik dia? Dia kan da mati?!!"
"Belum!! Dia belum mati!! Dia ada kat kampung ni. Kau tolong aku.. tolong aku cari dia.. Aku merayu.."
"Ok. Aku boleh tolong kau. Tapi kau kena tolong aku jugak. Kau tolong jangan ganggu kami lagi dan sekarang, tolong keluar dari badan kawan aku ni."
Selesai saja Aishah berkata demikian, Ieta terus terjelupuk di atas lantai. Pengsan. Aishah menampar-nampar pipi Ieta perlahan-lahan.
"Weyh! Ieta! Ieta! Bangun la! Kau ok tak?!"
Ieta membuka mata perlahan-lahan. Dia terkejut.
"Weyh! Apasal aku kat sini?!"
"Tadi kau pengsan."
"Aishah! Tadi aku nampak... aku nampak.. aku nampak perempuan yang macam kau cerita tu.. perempuan tu. Teha! Muka dia, Aishah! Muka dia ada... ada..."
"Da la tu. Da takde apa sekarang."
"Aishah! Aku nak balik, Aishah! Aku nak balik!"
"Ya! Ya! Kita memang siap-siap nak balik ni. Da. Jom!"
Aishah memeluk Ieta. Aishah membantu Ieta untuk bangun dan berjalan keluar dari bilik itu. Rakan-rakan yang lain yang menunggu dari tadi bertanya.
"Aishah! Kenapa, Aishah?"
"Erm.. Takde apa. Ieta pengsan tadi. Ok! Kita continue kemas. Tinggal lagi sikit, kan? Aa.. Aimie! Kau bawak Ieta turun and buang make up dia. Ok! Yang lain, jom continue kemas. Da nak tengah malam ni."
Mereka menurut arahan. Selesai mengemas, mereka terus bertolak ke kampus. Aishah menaiki kereta bersama dengan Ika, Hada, Fatin dan Naz manakala yang lain menaiki van. Sampai di hadapan kampus, Aishah menurunkan Ika, Hada, Fatin dan Naz dan terus memandu pulang ke rumahnya. Sampai di rumah, Aishah terus masuk ke dalam biliknya. Badannya direbahkan di atas katil kerana terlalu letih. Beberapa saat kemudian, Aishah terlena.
*****
YOU ARE READING
"Dia" Masih Wujud...
Horror"Hello! Siapa? Siapa tu?" Tiada jawapan. Semakin dia mendekati tingkap, semakin hilang bunyi aneh itu. Aishah membuka tingkap. Di amati suasana luar yang gelap gelita. Sunyi. 'Tak ada apa pun.' Desus hatinya. Dia menutup kembali tingkap tersebut d...