Bush!!
"Datang dari mana pulak air ni!?"
Aku toleh belakang.Nampak Ali yang memegang bekas minuman starbucks tersengih kaku memandangku.Tudung yang basah ku hidu.Bau kopi.Apa malang sangat nasib aku hari ni?
Aku pandang depan.Eh,mana lecturer?Terasa perut aku disiku,aku pandang Luna.Pandangan Luna seolah-olah memberi isyarat 'Kat tepi kau weh'.Bau minyak wangi maskulin menyapa ke rongga hidung aku.Perlahan-perlahan aku memusingksn kepala aku ke tepi.
Mula-mula nampak kaki.Aish,tinggi nya dia ni.Aku angkat kepala kemudian bertemu dengan mata dingin Dr Adrian.
"Awak minum pakai mulut ke kaki?"
Senyap.Hanya bunyi aircond sahaja kedengaran.
"Maafkan saya Doc."ujar Ali.
Perasan yang suara Ali bergetar.
"Jangan minta maaf dengan saya.Minta maaf dengan kawan awak."
"Awak pulak,tahan je lah bau kopi tu.Kelas saya 2 jam je pun.Habis kelas ganti tudung tu."
Aku angguk.Kemudian dia melangkah dengan kaki panjang nya ke hadapan dewan.Bapak seram.Aku rasa dia lagi garang dari Dr.Sahar.
Aku pun berjalan menuju ke tempat parking motosikal.Kemudian,dengan secara tak sengaja aku terpandang ke kiri yang merupakan tempat parking kereta kakitangan universiti.Kereta Range Rover yang berwarna hitam yang teramat berkilat lagi kan bwrsinar ini sangat lah menarik perhatian aku.Aku pandang sekeliling.
Tak ada orang.Aku pun berjalan mengelilingi kereta Range Rover ini.Fuyoo.Range Rover kot.Hampir bulat mata aku apabila melihat nombor plat.
"Jadi ni lah kereta yang langgar lopak air tadi.Amboi,mentang-mentang pakai kereta besar,main langgar je.Ya Tuhan,berikanlah aku kesabaran.Mana tuan kereta ni?"Aku mencekak pinggang seraya mengangkang kan sedikit kaki.Haa maroh ni maroh.
Keadaan yang sunyi ini membangkitkan sifat jahat dalam diri.Setelah memastikan line clear,aku duduk mencangkung di hadapab tayar.Perlahan-lahan tangan aku membocorkan angin tayar kereta ini.
"Assalamualaikum,buat ape tu?"

ANDA SEDANG MEMBACA
The Great Seducer
RomanceBiasa nya perempuan yang goda lelaki tapi kali ni lelaki yang jadi penggoda. "Kalau awak betul-betul dah jatuh cinta dengan saya,usahalah sampai saya suka kat awak." Kemudian Noah senyum dan.... "Wife,tolong lapkan aiskrim kat dada abang." Ya Tu...