Bab 4

16.5K 834 51
                                        

"Assalamualaikum,buat ape tu?"

"Tengah bocorkan tayar."

"Ooo.susah ke?Meh,saya tolong"

"Tak pe lah.Dah siap dah pun,eh?"Aku toleh belakang.

Nampak Dr.Adrian tengah pandang aku dengan mata beku dia tu.Lagi menyeramkan apabila dia tidak memakai kaca mata nya.Seram kuasa dua.

Belum sempat aku melarikan diri,Dr.Adrian lebih cepat membaca mindaku cekap menarik beg sandang aku.Terus dia tarik aku ke belakang.Dengan beg yang masih tidak dilepaskan dari genggaman nya,dia menundukkan kepala nya sebelum meng'flip'kan rambutkan yang terjuntai di dahi.

Aku yang memerhati pulak rasa tergoda,eh?

"Jadi,awak lah perempuan yang kena lopak air tu kan?"soal Dr.Adrian.

Aku menganggukkan sedikit kepala.Aku dengar dia menghembuskan nafas.Kasar.Menunjukkan yang dia cuba menahan sabar.

"I 'm sorry kalau saya buat awak marah sebab baju awak basah.Saya masa tu nak kejar masa.Oleh kerana saya salah,bagi sini telefon awak

Eh,asal kena bagi telefon aku pulak?Dalam merungut,aku tetap menghulurkan telefon pintar aku.

"Nanti,bila saya free saya belanja awak makan sebagai tanda saya minta maaf."

"Eh,tak perlu lah macam tu Dr.Tak pe lah.Yang lepas tu,biarlah lepas."

"Baiklah kalau awak cakap macam tu.Awak boleh balik ." ujar Dr.Adrian sambil membuat isyarat tangan.

Amboih,ni dah macam menghalau ni.Sempat aku sengih sekejap kemudian terus berlari ke tempat parking motosikal.Tapi kan,not bad jugak Dr.Adrian ni.Hehehe.Haip,Bella.Please setia pada yang satu.Jangan curang dengan Sehun.Tak mau.Tak mau.

Selepas tiba di rumah,aku terus masuk bilik.Selesai mandi dan solat terus aku terjun atas katil.Belum sempat aku melelapkan mata tiba-tiba pintu bilik aku dibuka kasar.

"Hallo adik kembar!"jerit Nabil sambil mendepakan tangannya.

Terus dia lompat atas tilam aku..Eh eh dia ni.Kembar tahun je pun.Kecoh.Nasib tak hempap aku.Dia ni hyperactive sikit.Tak boleh duduk diam.Masa kecik-kecik dulu,suka sangat pecahkan pasu atok.Lepastu,sekali dengan aku kena marah.Aiseh,tiba-tiba rindu atok.

"Apehal masuk bilik orang ni?"

"Umi panggil."Kata Nabil sebelum mencampakkan bantal tepat ke muka aku.

Baru nak kejar dah berlari masuk bilik.Aku turun ke dapur mencari umi.Kelihatan umi tengah membancuh air teh.Niat ingin buat Umi terkejut tapi dapat dihidu oleh umi.Akibatnya,aku dijeling.Ni kalau Abah ada ni konfem tergoda.

"Ada apa panggil Bella?"

Umi pandang aku.Kemudian tersenyum nipis.

"Malam ni kawan lama abah ajak kita makan dekat luar.Jangan nak memandai pakai seluat jeans."

Spontan muka aku monyok.Awal-awal dah bagi amaran.Malas nya nak keluar.Umi memang pantang bila aku pakai seluar jeans sebab nampak kasar.Kalau boleh Umi nak aku pakai baju kurung,pakai skirt,pakai kain batik.Kain batik pun aku tak reti nak pakai.

"Dah.Hidangkan lauk.Umi nak call Abah kejap."

"Ok"

ʕ•ﻌ•ʔʕ•ﻌ•ʔʕ•ﻌ•ʔʕ•ﻌ•ʔʕ•ﻌ•ʔʕ•ﻌ•ʔ

Tiba-tiba Kereta Honda Civic berwarna hitam metalik milik Umi berhenti,ketahuilah aku sudah pun sampai di Hotel D'Amore.Mula-mula tu terkejut lah jugak bila abah aku cakap makan dekat hotel.Hotel D'Amore pulak tu.Mahal kot.

Aku membetulkan tudung aku yang senget akibat ditarik oleh Nabil dihadapan cermin kereta.Dia tu memang.Pantang nampak orang bahagia sikit terus kacau.

Aku berjalan di belakang Nabil.Dia belok kiri,aku belok kiri.Dia belok kanan,aku pun belok kanan.Tiba-tiba dia berhenti.Kesimpulannya,aku terlanggar bahu dia.Aku gosok dahi aku.Mak aii keras nya bahu kau bang.
"Asal?"soal aku.Mana tahu terpijak tahi kucing.

"Aku rasa aku makin gemuk lah."ujar nya tanpa rasa bersalah.

Aku pandang muka selamba yang sedang menilik mukanya di cermin.Rasa macam nak kasi kaki ke muka rasanya.

"Bella."panggil umi.

Aku hanya senyum apabila ada mata yang melihat aku.Sekadar berbahasa sahaja.Kang kena cop sombong pulak.Aku menyalam tangan isteri rakan abah dan mengambil tempat disebelah umi.

"Dah besar panjang anak-anak kau Fal.Lawa pulak tu."ujar kawan abah sambil menepuk bahu abah.

"Wan,kenalkan anak-anak aku.Yang lelaki Nabil.Yang perempuan pulak Nabella."

"Yang ni Faqeed kan?"soal umi.

Aku pandang lelaki di hadapan aku.Lelaki itu tersenyum dan bertembung mata dengan aku.Nampak baik dan sopan.

"Aqeed,ni lah Nabella yang ibu cerita semalam.Cantik kan?Sesuai dengan Aqeed."

"Uhuk!"

The Great SeducerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang