Bab 7

10.8K 676 41
                                    

"Sedap?"soal Noah.Dari tadi dia lebih selesa melihat Bella menyuap kek Tiramisu Ore Double Chocolate yang dia pesan tadi.Melihat Bella yang hanya mengangguk,membuatkan dia tersenyum.

Cute.

Noah ternampak sebentuk cincin yang dia pilih untuk pinang Bella di jari manisnya.Serta-merta mengingatkan dia akan perbualannya dengan ibunya.

"Noah"

"Ya ibu."Noah melabuhkan punggung disebelah ibunya.Wajah wanita yang lembut dan cantik itu dipandang.

"Noah tak terfikir nak kahwin ke?"Lembut Puan Nora menyoal.Takut anak lelaki nya tiu terasa dengan soalan sensitif seperti ini.

"Bukan Noah tak nak ibu.Cuma Noah tak ada masa nak cari bakal menantu untuk ibu."

"Kalau macam tu,nak ibu tolong carikan?"Puan Nora memandang anak sulungnya.Sejak dari kecil lagi dia dengan suaminya sentiasa tegas dalam memastikan pelajaran Noah untuk sentiasa dapat keputusan yang cemerlang.Memandangkan Noah merupakan anak sulung.

Pemikiran sempit ibu bapa yang sentiasa mahukan anak-anak patuh mengikut arahan tanpa mendengar pendapat mereka.Kesannya sampai dewasa Noah masih lagi mengekalkan gaya hidup nya.Sibukkan diri dengan kerja.Tak kira malam ataupun siang.

Dah jadi macam ni baru Puan Nora dan suaminya menyesal.Sampai sekarang dia tak pernah nampak Noah bercinta  atau berkawan dengan kawan perempuan.

Nak cakap anaknya gay,tapi bila suaminya ajak layan movie hindustan..Bersinar jugak mata anak sulungnya itu bila tengok Deepika Depihone dia tu keluar.Haih..

"Hmmm...Boleh jugak umi."beritahu Noah setelah memikirkan pelawaan ibunya selama 7 saat.

"Kalau macam tu,tengok gambar ni."

"Wuish..Cepatnya.Haha."Noah tergelak kecil seraya mengambil telefon pintar yang dihulurkan ibunya.Sebenarnya dia tak kisah pun kalau ibunya nak carikan jodoh untuk dia.

Tapi...

"Ibu,asal gambar budak ni?"

"Haha..Itu gambar dia time dia tadika.Itu je gambar yang umi dia hantar."beritahu Puan Nora.

Buat lawak sungguh kawan ibu ni.Tengok gambar budak perempuan dalam telefon ibunya tadi sedikit sebanyak mencuit hatinya jugak.Senyuman yang jelas diukir secara paksa kerana menunjukkan dua gigi depannya yang rongak.Kedua pipi yang agak bulat membuatkan dia tertanya-tanya macam mana agaknya rupa budak ni sekarang ya?

"Tak sangka budak yang rongak dua batang gigi kat depan tu dah besar."Beritahu Noah kepada Bella.

Terkejut Bella mendengarnya.Terkejut tiba-tiba keluar isu gigi rongak masa dia umur 6 tahun.

"Nabella."Panggil Noah.

"Ya."

"Awak kenal tak saya siapa?"soal Noah tiba-tiba.

"Anak Aunty Nora,kawan umi saya? Or should I say that you're my husband-to-be?"

Dah kenapa dia ni tiba-tiba tanya pulak ni?Amnesia ke apa?Bella pelik melihat yang Noah yang tiba-tiba senyum.

"Then,jumpa lagi dalam masa 3 bulan akan datang."Noah kata dia kena balik ke rumah sebab adik dia baru balik ke rumah ibu dia.

Sebelun dia blah tu sempat dia bagi aku kad kredit dia.Katanya kalau nak beli barang hantaran or barang harian aku bayar guna kad kredit dia.

Aku tahu benda ni macam tiber tapi bakal suami aku ni kerja apa sebenarnya?Selamba bagi aku kad kredit dia.Dia ni tak takut ke kalau- kalau aku salah guna kad kredit dia?Macam bela anak ikan ke apa kan.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi meminta untuk diangkat.Terpampang nama 'Nabil busuk' di skrin.Lama betul mamat ni melabur.Kaki tersekat dalam lubang jamban tak boleh keluar ke apa dia ni?

"Hah,kau kat mana?"soa Nabil.

"Kat mana lagi.Aku tunggu kau kat Cafe AliAlu."

"Duh.Kiranha kau kat mall lagi lah ni.Aku ingat kau dah balik.Itu sebab aku balik rumah."

Apekah?Aku rasa nak mencarut tapi aku sebagai gadis rupawan melayu terakhir kena sabar.Nak-nak mende macam dah pernah berlaku.Macam devaju pun ada.Eh devaju ke dejavu?Ah lantaklah.

"Jangan nak buat lawaklah.Cepat mari ambik aku."arah aku.Sampai hati dia tinggal adik dia yang comel ni kat mall?Lain kali call lah dulu!

"Ha ye.Ko sabar jap.Haish,nasib baik kau ni sorang je adik aku tahu?"

"Dah tahu aku ni sorang je adik kau,asal tak call aku tanya aku kat mana,bongok!"marah Bella.

"Entahlah.Maybe time aku melabur tu terflush sekali dengan otak kot.Haha."

"Tak kelakar."

The Great SeducerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang