Aku terjaga dari lenaku.terus tangan mencapai telefon aku.Tipikal anak dara zaman kini,bangun tidur cari telefon.Tapi,aku nak tengok sekarang pukul berapa.Jam menunjukkan angka 9:45.Lama jugak aku tidur.
Aku mengemas tempat tidur dan mencapai tuala melangkah ke bilik air.Kelas start pukul 11 pagi.Em.Sempat lagi ni kalau lepak mamak ni.Aku menyarungkan tudung bawal bewarna hijau ke kepalaku.Kemudian,aku pin kan ke bahu untuk menutup dada.Ok cun.
"Amboi,awal bangun anak dara?"perli umi ketika aku turun ke bawah.
Aku tersengih mendengar perlian umi.Aku mengambil sekeping roti yang sudah disapu nutella.Aku jeling sekilas jam di tangan ku.Dah pukul 10:30.Cepat-cepat aku mencapai kunci motor.
"Umi,Bella nak pergi kuliah ni.Asslamualaikum."Aku mencium pipi umi yang sedang menjahit sulaman di sarung bantal.Em cantik nya.
Aku menyarungkan converse bewarna senada dengan tudung aku.Kalau nak tahu,hijau emerald ni warna kegemaran aku.Aku pun tak tahu kenapa aku minat sangat dengan warna hijau macam ni.Mungkin sebab abah aku pun obses dengan warna ni kot.Tengok lah warna kereta dia tu.Hijau kot.
"Nak pergi kuliah ke?"
"Haah.Bella pergi dulu ye bah."Aku menyalaminya dan mencium pipi kanan abah.
Oleh kerana aku malas nak menaip,aku pendekkan je lah jalan cerita dia ye..Semasa di simpang empat,aku memperlahankan kelajuan skuter aku kerana terdapat lopak air yang agak besar di hadapan.Tapi,tu lah kereta mana entah tiba-tiba langgar lopak air tu dan dengan nasib tak baiknya kena baju aku.
Tahu lah kereta besar,mahal,mewah tapi,tak pandai nak tekan brek ke?Ni konfem lesen beli ni.Menyusahkan orang betul.Kalau aku jumpa kereta tu,aku pancitkan tayar kereta dia.Sampai sahaja aku di uni,aku singgah ke tandas dahulu untuk menukar pakaian.Nasib aku ada bawa baju lebih.Cuma kasut je lah basah.Reda je lah.
Aku bergegas ke dewan kuliah apabila aku sedar yang aku dah lewat 5 minit!Dah lah Dr.Sahar tu tegas orangnya.Kena jerkah lah jawab nya.Dengan letih semalam pun tak hilang lagi,aku terus berlari ke arah dewan kuliah yang jauh nya umpama selat melaka dengan laut china selatan.
Ewah-ewah budak ni.Tiba-tiba aku nampak macam ringan je kerusi.Sabar Bella.Tapi kan,ada ke patut dia kata aku mabuk ketum.Der,kau ingat aku apa nak minum ketum?Baik aku minum coolblog.Best..
Eh,baru aku teringat.
"Mana Dr.Sahar?"
"Kau tak tahu ke?"Soal Luna balik.
Tipikal budak zaman sekarang,soalan dibalas dengan soalan.Ada juga aku buka kelas bm ni karang.Aku mengangkat kening menyuruh Luna menjelaskan kepada aku.Maklum lah aku ni tak suka ambil tahu keadaan sekeliling.
"Ada pensyarah baru weh.Dan perkara yang paling ohsem,dia jadi lecture kita weh!Handsome,muka pun nampak jambu je tapi tu lah.Dingin."
Aku ni bukan nak jadi watak antagonis novel ni.Tapi,kalau nak tahu Luna ni dah tunang tahu dengan jantan semalam tu.Kang aku report kat tunang kau nanti.
Tiba-tiba dewan kuliah yang tadi nya bising bertukar senyap.Tak ubah seperti tanah perkuburan.Nampaknya pensyarah dah masuk.Telefon aku berbunyi menandakan ada mesej masuk.Lupa pulak nak silent tadi.
"Selamat pagi semua.Seperti yang awak semua tahu,saya akan mengajar awak sepanjang sem ini.Nama saya seperti yang awak semua nampak dekat slide.Saya Adrian Aariz Dzihni.Boleh panggil saya Dr Adrian."
Adrian Aariz Dzihni.Panjang tapi lawa.Aku jeling Luna sekilas nampak muka dia tiba-tiba bercahaya macam ada orang suluh.Handsome sangat ke lecturer ni?Aku pandang depan.Nampak tubuh nya dari belakang sahaja disebabkan dia membelakangi kami ketika membelek senarai nama pelajar.
Memang tidak dinafikan yang dia nampak berkarisma walaupun dari belakang.Tapi kan,asal payah sangat nak tengok muka dia?Bagaikan doa,Dr Adrian memusingkan badannya.Kini,aku nampak muka dia sepenuhnya.Ya,memang dia ada rupa walaupun terselit kedinginan dia wajah nya.Tapi,tetap tak boleh lawan Sehun aku.Eh,Eh tiber.
"Bella!"
Bush!
YOU ARE READING
The Great Seducer
Roman d'amourBiasa nya perempuan yang goda lelaki tapi kali ni lelaki yang jadi penggoda. "Kalau awak betul-betul dah jatuh cinta dengan saya,usahalah sampai saya suka kat awak." Kemudian Noah senyum dan.... "Wife,tolong lapkan aiskrim kat dada abang." Ya Tu...