Bab 10

7.8K 500 52
                                    

"Sayang."

"...."

"Sayang,bangunlah.."kemudian aku rasa muka aku ditiup lembut.Aku sapu muka aku dengan tangan.Mata aku masih lagi terpejam rapat.Siapa pula main bisik-bisik panggil aku sayang ni?Kacau lah aku nak tidur.

Walaupun umi selalu pesan jangan tidur selepas solat subuh,aku tetap buat juga.Mengantuk dia tu ya ampun..Tuhan saja yang tahu.Dugaan betul.

Tiba-tiba ada tangan yang bermain dengan rambut aku.Aih ni toyol ke apa main tarik-tarik rambut aku ni?

Terus aku buka mata tanpa menghiraukan air liur basi yang meleleh di pipi.Bulat mata aku bila tengok Noah yang baring di hadapan aku sambil menongkat bahu.Siap pakai apron noh!Tanpa baju!

Aku ulang.TANPA BAJU!!

Aku dapat merasakan darah yang mengalir dari hidung aku.Sabar Bella sabar.Dah kahwin kan.Tapi macam mana Noah boleh ada dekat sini?Bukan ke dia kena pergi kursus ke?

"Sayang,bangun sayang.Jangan sampai abang cium sayang."

Noah melihat isterinya yang masih kaku di dalam selimut.Kemudian dia mendekatkan wajahnya ke wajah Bella.Dekat.Tak sampai 1 mm.Tiba-tiba...

'Bum!'

"Adoi!"

"Hoi!Bini orang!Bila kau nak bangun hah?Ni kalau laki kau tengok ni,konfirm cari lain."bebel Nabil seusai menghempas pintu bilik adiknya itu.

Sekali tengok dah macam gaya geng suri rumah pun ada.Dengan berkain batiknya..Seksii gituh.

#kainbatikismylifue

Nabil yang hendak keluar dari bilik Bella itu terhenti apabila melihat Bella memanjat naik ke katilnya semula.Siap tarik selimut lagi tu.

Memang menguji vokal betul adiknya yang sorang ini.

"Hoi.Nabella bangun!!"

"Saba jap.Aku nak sambung balik dengan laki aku tadi.Kesian kat dia tunggu aku."

"Hoi!"

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Selepas ditarik telinga oleh Nabil dengan kuasa taubat tadi,terus segar mata dia.Maka di sinilah dia.Duduk terkangkang di hadapan televisyen sambil makan aiskrim walls.Tak senonoh betul aku ni.Haha.

Dasyat betul mimpi aku tadi.Mana tak dasyat?Noah pakai apron tanpa baju kot.Astaga meleleh keluar aiskrim kat tepi bibir.Dah bocor ke mulut aku ni?Biasa tengok dalam manga je scene pakai apron macam ni.Sekali masuk dalam mimpi bhaii.Kan best kalau jadi betul-betul.Pastu sambung ke level seterusnya.Haha.

Astagfirullah..Kang tak pasal-pasal cerita ni kena letak tanda 18sx kang kat cover.Ringan-ringan saja Bella oii.

Aku ceduk aiskrim dan suap ke mulut.Eh,teringat pula dekat Noah pasal dada dia yang sengaja ditumpahkan aiskrim tu.Actually tak ada pape pun sebenarnya.Walaupun badan aku terkena strok selama 2 saat tapi aku masih lagi dapat bernafas pada hari ini.

Aku just hulurkan tisu kat Noah.Dan Noah pula yang aku anggap dia mungkin rabun ketika itu terambil tangan aku yang tengah pegang tisu itu.Pastu lap aiskrim tu.

Merasalah juga aku meraba dada laki aku walaupun berlapik tisu.Apa orang kata?Mengambil kesempatan dalam kesempitan ecewah.Sksksksksk.

Pastu kita orang naik bilik sambung tidur.Tidur ok!Tak ada pape pun yang jadi malam tu.Yelah penat kan.Padahal dalam hati gigit selimut.

Keesokkan harinya,boss Noah tetiba emel bagitahu yang Noah kena ganti rakan sepejabat dia pergi kursus apa benda entah.Sebab itu lah suami aku yang sweet lagikan gentle tu hantar aku balik rumah umi dengan walid sebab risau aku duduk sorang-sorang dekat rumah.

Risau bini comel dia ni kena culik.Haha.Tengah-tengah aku duk berangan dekat sofa ni.Tiba-tiba aku dikejutkan dengan jeritan dari rumah sebelah.

Kemudian dengar bunyi orang bertengkar.Tercengang aku dibuatnya.Tapi perkara macam ni memang dah biasa dah..Nak-nak jiran sebelah rumah aku ni dengan jiran depan rumah aku ni.

Anak jiran depan rumah aku ni nama dia Mikael.Anak jiran sebelah rumah aku ni pula nama dia Mallika.Diorang ni tak berapa nak sebulu sebenarnya.Dengar kata si Mikael tu pergi pinang Mallika tapi si Mallika pula tak nak.

Yelah selama ni tak pernah bercakap tiba-tiba masuk meminang.Lagipun Mikael tu beku sikit orangnya.

Tapi sejak kena pinang ni,Mikael ni selalu pergi usik Mallika ni.Sorang sibuk nak lari sorang lagi rajin pula nak mengejar.Haih.

Tapi macam teruk je diorang ni bertengkar.Haih.Dengan bekas aiskrim di tangan aku berjalan tepi pagar rumah aku.Aku panjat naik ke atas kerusi dan duduk di atas pagar rumah aku yang menampakkan rumah sebelah.

Tanpa menghiraukan pakaian tidur aku yang comel ini aku terus menyuapkan aiskrim ke mulut aku.Best pulak tengok diorang ni bergaduh.

"Hei,korang gaduh apa ni?" Celah aku.

Mikael dan Mallika laju menoleh melihat aku yang selamba duduk di atas pagar rumah aku sambil makan aiskrim.Macam gangster pun ada.Haha..

"Nabella!"

Dua-dua panggil nama aku.Haa sudah..

The Great SeducerWhere stories live. Discover now