Bab 9

9.9K 600 41
                                    

Entah pukul berapa aku terjaga,aku tengok jam baru pukul 2 pagi.Aku peluk bantal di sebelah dengan niat nak sambung tidur.Tapi rasa lain macam bantal peluk aku ni.Pejal dia lain macam.Umi ada beli bantal baru ke?Ke aku peluk pocong!

Aku celik mata.Bulat mata aku.Noah!

Dan-dan time ni jugak Noah nak buka mata juga.Dalam keadaan mamai dia tengok muka aku.Lama dia tengok sampai merah muka Bella dibuatnya.

"Kenapa tak tidur la..."

Tak sempat Noah habiskan seakan,berdesup Bella melarikan diri.Lari macam nampak hantu dia keluar dari bilik tidur.Tercengang Noah dibuatnya.

Bella lari tak menentu.Nampak je pintu dia buka.Nampak je pintu dia masuk.Sampai kesudajnya dia tak nak pintu keluar.

Apa besar sangat ke rumah ni hah?

"Cari apa?"soal Noah sambil mendekati Bella.

Ya Allah.Tak boleh pakai baju dulu ke bang?Seksi tuh.

"Pintu keluar."

"Tu."Noah menjuihkan pintu di hadapan aku.

Laju aku berlari ke pintu tapi Noah lebih pantas menarik tangan aku.

"Hei,nak pergi mana?"soal Noah.Melihat muka Bella yang macam nak menangis tu,Noah blur.

"Jangan cakap yang awak lupa yang kita dah kahwin."

"Hah?"ternganga Bella.Terkelip-kelip dia tengok Noah.Kemudian dia tengok kedua-dua tangannya yang dipegang oleh Noah.Baru dia perasan ada sebentuk cincin yang sama di jari dia dengan Noah.

Melihat reaksi Bella,Noah ketawa.Kuat sampai bergema satu rumah.Kelakar sangat agaknya sampai keluar air mata.Macam mana boleh isteri dia boleh terlupa yang diorang dah kahwin dua hari yang lepas?Ke ni sebab hari malam pertama diorang tidur sebilik?Haha.

Tiba-tiba dia rasa lucu pula bila teringat yang isteri dia terkejut sampai terjun katil.Nasib baik tak terkehel kaki.

"Dah-dah la tu."marah Bella.Malu dia.Penat punya pasal,lepas solat isyak tadi dia terus tidur.

Tiba-tiba perat aku berbunyi.Kuat sampai Noah pun dengar.Tak sampai nak cover,Noah dah heret aku ikut dia.Tengok-tengok dah sampai ke dapur.

"Abang ada beli chocolate tornado cake semalam.Nak?"

Nabella tidak menjawab.Kakinya patuh mengikut langkah si suami.Apa punya soalan laa.Soalan berkaitan dengan dengan makanan tak perlu disoal kepada seorang Nabella Ferra.

"Awak.."

Noah memandang wajah isterinya yang dinikahinya dua hari yang lepas..Cantik dengan tanpa hijab dikepala.Mendedahkan rambutnya yang semulajadi keriting.

"Hmmm.."Jawab Noah sambil menongkat dagu di hadapannya.

"Macam mana kalau kita tak bahagia?"soal Bella tiba-tiba.

"Eh kenapa sayang fikir macam tu?"

Kenapa sayang fikir macam tu?Alahai sedap lah pula dengar dia panggil aku sayang.Haha.Perlu ke aku panggil dia abang?Hmm..Nabil pun aku tak panggil abang.

Kalau Baby?Macam gedik lah pula.Hubby?Haha..

"Sayang?"

"Hah?"

"Abang tanya,kenapa sayang fikir macam tu?"Soalan Noah tu menyedarkan dia tentang persoalan dia tadi.Tiba-tiba melalut tersesat ke nama panggilan pula.Haish.

"Taklah..Sebab kita kan macam kahwin tiba-tiba.Macam mana kalau kita masing-masing tak ada perasaan antara satu sama lain?"Terang Bella sambil menahan debaran Encik suami yang dari tadi tengok aku.

Dahlah tak pakai baju.Haih segan aku.

Eleh padahal dalam hati suka.Ehe.

"Siapa kata abang tak ada perasaan?"

'Badump!'

Eh,asal dengan jantung aku ni.Tiba-tiba bunyi badump ni.Dah nak mati ke?Bella cuba tahan diri mengusap dada nya yang tiba-tiba berdetak laju.

"Jadi awak ....kat...s.saya?"soal Bella tergagap-gagap.

"Yup.Dari mula-mula kita jumpa lagi."Jawab Noah.Yakin.

Betul ke?Lelaki ni bukannya boleh percaya sangat ni.Kadang-kadang muka je hensem tapi sebenarnya gay.Haa mana kita tahu kan..Tengok dalam youtube memang lah best kan tengok citer 2gether kan..Sebab seme-uke dia hensem kan.Hot kan.Seksi kan.Cute kan.

Tapi cuba kalau kau bayangkan yang laki kau tu pun gay jugak.Haa macam mana?Macam mana kalau laki kau cuma nak kahwin dengan kau semata-mata nak anak je?Pastu bila dah lahir baby tu dia ceraikan aku pastu dia get back dengan uke dia tu?

Dalam hanya 14 saat Bella memikirkan segala kemungkinan yang berlaku.Ini lah yang dinamakan anugerah.Dikurniakan imaginasi yang kuat dan semakin meliar dari semasa ke semasa.

Dalam tanggapan Bella.Baginya kalau dia berdiri di sebelah suami nya,Noah.Dia akan kelihatan seperti sotong.Jadi mustahil lah kalau Noah yang maha seksi ini memberitahu bahawa dia mempunyai hati terhadapnya bukan?

Ini bukannya dalam cerita wattpad yang happy ending..Aku suka kau and kau suka aku.Pastu kita kawin kumpul anak sampai 28 orang.The end..Bukan!!

Ini realiti..

Bella terangguk-angguk memikirkan kemungkinan dan perkara yang logik yang terbit dalam otaknya itu yang membuak-buak dalam tempoh 14 saat itu.

"Kalau awak betul-betul dah jatuh cinta dengan saya,usahalah sampai saya suka kat awak."

Tiba-tiba terbit idea gila di dalam otaknya itu.
Noah agak terkejut dengan ayatnya..Tapi,Noah hanya sekadar tersenyum dan....

"Wife,tolong lapkan aiskrim kat dada abang."

Ya Tuhan..Gostan ke belakang balik!!Aku lupa yang dia laki aku ni seksi!Kuatkan iman kamu Nabella Ferra!Heyya!

Bukannya aku tak nampak yang tangan dia tadi sengaja je buat-buat terpeleot sudu tu kat dadanya yang terdedah itu.Tadi elok je makan aiskrim sambil tongkat dagu.Huh!

The Great SeducerWhere stories live. Discover now