"Nabella!"
Haa sudah..Dua-dua panggil aku.Mata aku hanya melihat mereka berdua berjalan mendapatkan aku.
"Bella,cuba kau cakap kat orang sebelah aku yang aku tak nak kahwin dengan dia!"beritahu Mallika.
"Bella,cuba kau cakap kat orang sebelah aku ni yang kalau tak nak kahwin dengan aku cakap kat parents dia."balas Mikael pula.
Lah..aku pula yang jadi tukang pengantara nya.Buat lawak pula dua orang berdua ni.Keluar pula isu kena kahwin macam ni.
Diorang ni tahu ke tak yang aku ni pun sama je dengan kau Mallika oi.Eh sama ke?Lebih kurang lah en..
Em.
"Bella,kau cakap kat dia yang aku tak nak kahwin dengan orang yang aku tak suka."Mallika mendongak memandang aku.
Ye lah.Kan aku tengah duduk atas pagar ni.Sambil makan aiskrim hengko.Niat nak tengok diorang ni bergaduh.Eh tetiba kena jadi pengadil pula kat sini.Haih.
"Apa kata kalau korang bincang dulu dengan keluarga masing-masing.Bincang baik-baik.Cakap lembut-lembut.Puji-puji sikit.Bagi rasuah beg Gucci bawah meja kopi ke apa kan.Manalah tahu diorang boleh faham dengan perasaan korang berdua ni."cadang aku.
"Eh siapa kata aku tak ada perasaan dekat kau?"ujar Mikael dengan machonya.Macam buat tak dengar je dengan nasihat aku tadi.
Tapi ayat tu macam pernah dengar.Dekat mana eh?Aku tengok sudu yang aku cedok aiskrim tadi.Ouh.Laki aku pernah sebut.
"Kau buat lawak ke?"soal Mallika.
"Kau tengok muka aku ni macam tengah buat lawak ke Mallika?"
Mikael mendekatkan mukanya sedikit ke muka Mallika.Ye lah..Tak sahlah lagi kan.Ni kalau dah sah ni konfirm dah dikabedonkan.
"Takkan lah kau tak faham hint aku selama ni?"soal Mikael sambil mengibas t-shirtnya.Berpeluh pula cakap dengan bakal isteri ni.
"Eh?"Malikka pandang Mikael.
"Eh?"Pastu aku pandang Mallika.
"Eh?"Mallika pandang aku.
"Eh?"Aku pandang Mikael.
"Ehhhhh?"
Kami bertiga memandang satu suara garau yang tiba-tiba meng eh kan dengan begitu panjang harakatnya di satu sudut.Timbul muka Nabil di celahan lubang pagar batu di rumah aku.
"Aku tak kisah siapa yang suka siapa sekarang ni.Yang aku kisah sekarang ni,siapa yang ajar kau makan aiskrim atas pagar rumah ni Nabella oi!Dahlah dengan baju tidur nya lagi.Haduii..Penatlah aku ni jaga kau ni."Bebel Nabil panjang lebar.
Terkejut dia tadi bila dia keluar nak hirup udara segar lepas penat berfanboying mv Lalisa Lisa Blackpink tadi.Pastu sambung squat sambil dengar lagu akak Doja.Kemudian dikejutkan dengan satu entiti yang aneh di atas pagar rumahnya.Bila nampak ada bekas aiskirm yang sangat dikenali nya itu,baru lah dia sedar bahawa entiti aneh tersebut merupakan adik nya.
"Alah kacau lah kau ni.Nantilah aku turun."
"Turun sekarang."arah Nabil.
"Tak nak"
"Turun."
"Tak nak."
"Turun."
"Tak nak."
"Turun sekarang sebelum aku heret kau."
"Ok."
Laju aku terjun lompat turun dari atas pagar.Aku sempat melambai ke Mallika sebelum masuk ke rumah.Kacaulah Nabil ni.
Ketika aku masuk ke bilik aku,baru aku perasan.
"Eh mana pintu bilik aku ni?"
Berkerut dahi aku bila tengok pintu bilik aku ni dah terbogel macam ni.Aku tengok Nabil yang berdiri di bawah tangga.Melihat kepala nya yang kusyuk melihat potret keluarga di sebelahnya itu tu aku dah faham.
Umi bagi kau minum susu apa mase baby dulu hah?Susu kuda ke dowh?Bapak kuat giler tenaga sampai tercabut pintu aku ni.
Haih.Penat lah aku macam ni.Aku capai tuala nak masuk bilik air.Tiba-tiba telefon aku berdering.
Aku jeling sekilas nak tengok siapa.Kalau Luna aku malas nak jawab.Tapi bukan.NOAH LAKI AKU SIOT.
Akakskksksksks.Ehem.Aku betulkan anak tekak aku.
"Assalamualaikum."Suara seksi Noah menjentik gegendang seorang Nabella Ferra.
Amboi ayat.Sastera betul.Hahaha.
"Waalaikumussalam.Awak dah habis sesi kursus harini?"
"Haah.Petang ni abang dah boleh balik.Mungkin malam ni abang sampai."beritahu Noah.
"Ouh.Ye ke?Kalau macam tu jumpa malam nantilah."
"Hahaha.Sayang tengah buat apa tu?"soal Noah.
"Em baru nk mandi."
"Eh sama lah kita.Abang pun baru cadang nak mandi ni.Jom kita vc nak?Mandi online sama-sama."ajak Noah.
"Tuttttt........"
Terus aku letak telefon.Gila Noah.Ada ke patut dia cadang nak vc dalam bilik air.Fikir sweet ke?Blushing aku.
P/s : MikaelMallika tu watak dari short stories Crush.Meh lah pergi tengok sat.Hahaha tiber...
https://www.wattpad.com/1133620193?utm_source=ios&utm_medium=link&utm_content=share_writing&wp_page=create_on_publish&wp_uname=nabilah_nuraisya&wp_originator=k%2BB7wzQOyTaFtavkCK1VbhEssOJMbokhNbg6GVW44sQQccq3%2F34H%2Fcl1%2FeBbiw4uYozwG6189NFmnRNFhVbeZ5LYVxyB%2Fd1uM%2Fdw%2BVO6ArCeWoYdmFKsMzcqg%2F4LI3nP

ANDA SEDANG MEMBACA
The Great Seducer
RomansaBiasa nya perempuan yang goda lelaki tapi kali ni lelaki yang jadi penggoda. "Kalau awak betul-betul dah jatuh cinta dengan saya,usahalah sampai saya suka kat awak." Kemudian Noah senyum dan.... "Wife,tolong lapkan aiskrim kat dada abang." Ya Tu...