Pejam celik pejam celik,tiga bulan pun dah berlalu.Nampaknya sekarang aku dah selamat diijab kabulkan dengan lelaki yang bernama Noah Faqeed.Semalam baru aku tahu yang laki aku ni peguam.Patutlah kuat membahan.Huh.
Ada ke patut masa hari fitting baju pengantin tu dia tukar baju pengantin warna merah?Katanya sebab tak pernah buat di orang.Aku ni hangin lah juga.
Ye lah.Dah lah kena kahwin awal.Pastu suka hati dia je nak pilih warna yang tak apa-apa ni.Hei,aku pun ada hak juga lah nak buat keputusan!
Selepas perdebatan antara aku dengan Noah,akhirnya kami bersepakat untuk memilih warna putih.Tu pun sebab kesian dekat pekerja butik pengantin ni.Ye lah kena layan kerenah kami pelanggan yang banyak songeh macam kami berdua ni.Haha.
Tapi kan Noah ni dia saja je sebenarnya.Dia tak kisah pun padahal pasal semua benda ni.Dia saja je nak tengok aku naik angin.Haih.Takpe lah Bella.Kita sabar ajelah.Tak boleh marah-marah.Nanti kulit berkedut.
Aku memulas tombol pintu bilik Nabil.Ingat nak tumpang mandi dan solat asar kat sini.Sebab Noah ada dekat bilik aku.Haha.
Kemudian,pintu bilik air tiba-tiba terbuka.Muncul Nabil dengan berkemban kain batik sambil mengeringkan rambut nya dengan tuala.Ternganga aku yang melihat nya.
"Eh,asal kau ada dekat sini?"
Nabil yang baru perasan akan kehadiran aku di bilik nya bertanya.Belum sempat aku nak cari alasan nak jawab badan aku diheret oleh Nabil.
"Eh eh asal ni?Asal.."
Nabil menolak aku keluar dari bilik.Dia yang masih berkemban menyilangkan kaki nya dengan tangan yang diletakkan di kanan pintunya.Dia posing memang nampak stylish tapi itulah.Kain batik pulak yang spoil.Dahlah berkemban.
Dua kali tengok macam bapa ayam pun ada.Hahahahahahaha.
"Kau tu sepatutnya duduk dengan laki kau.Pergilah masuk dalam bilik kau tu.Nak takut apa?Laki kau jugak kan.Lagipun ni siang lagi ni.Bukannya malam.Dah pergi sana."
Dan tup!Nabil menutup pintu.Siap kunci lagi.Haih..Sampai hati kau Nabil.Kau halau aku keluar dari bilik kau?
Dah lah statement dia tadi boleh tahan panas juga.Ni kalau orang dengar malu aku.
Em kalau masuk bilik umi mesti kena bebel.Haih.Nak tak nak kena masuk bilik aku juga.Hmm.
Lepas kena halau dengan Nabil,aku masuk ke dalam bilik aku.Aku berfikiran positif bahawa Noah tiada di dalam bilik aku.Tanpa berfikir dua kali sama ada kemungkinan yang Noah masih ada di dalam atau tidak,terus aku memulas tombol pintu.
Dan akhirnya,pandangan aku dijamu dengan pemandangan yang sangat indah.Ecewah ayat aku.Baku sangat.Haktuih.
Noah yang juga terkejut akan pintu yang tiba-tiba terbuka berpaling.Melihat isterinya yang pegun di hadapan pintu.
Bella yang tegak terpacak di hadapan pintu terkejut melihat Noah yang tidak berbaju.Melihat rambut yang masih basah,dia beranggapan bahawa Noah baru siap mandi.Posisi Noah yang macam baru siap menyarungkan seluarlah yang buat dia pegun di depan pintu ni.
Tapi macam awkward lah pula bila sama-sama berdiri depan pintu macam ni.
"Cantik abs awak."
"Hah?"terkebil-kebil Noah memandang Bella.
Ya Allah!Asal aku pi mention pasal abs dia pula.Bengonglah kau ni pun Bella.Mesti dia cop aku ni perempuan gatal.Walaupun ehem aku mengaku yang aku ni gatal lah juga.Tapi sikit je okay.
Tanpa menghiraukan imej aku yang tercalar sebagai perempuan 'innocent',aku dengan selamba menutup pintu bilik.Tanpa segan silu juga aku terus mengambil tuala yang tersidai dan masuk ke dalam bilik air.
'Buat cool je Bella.You can do this!'
Bisik hati Bella sambil menyapu air mata yang keluar di dalam imaginasi seorang Nabella Ferra.Huhu
YOU ARE READING
The Great Seducer
RomanceBiasa nya perempuan yang goda lelaki tapi kali ni lelaki yang jadi penggoda. "Kalau awak betul-betul dah jatuh cinta dengan saya,usahalah sampai saya suka kat awak." Kemudian Noah senyum dan.... "Wife,tolong lapkan aiskrim kat dada abang." Ya Tu...